Gigih dalam tenang.

Aku amat suka melihat gelagat mahasiswa yg giat menghabiskan sisa pelajaran mereka di Institusi Pengajian Tinggi.

Ramai yg nampaknya berusaha keras untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dan tak kurang juga yang berlumba-lumba untuk menikmati usia muda sebaik mungkin tatkala menyambung pengajian.

Kebanyakan mereka amat yakin akan kerja yang menunggu mereka apabila mereka tamat pengajian kelak.

Bagi graduan yang baru tamat pengajian, wujud juga elemen gigih mencari pekerjaan yang WAJIB sesuai dengan bidang pendidikan yang mereka ambil.

Sikap ini telah mengakibatkan sejumlah besar graduan terpaksa melalui zaman menikmati Ribena sesungguh hati sebelum mendapat pekerjaan yang memenuhi tuntutan pelajarannya.

Dalam hal temuduga, hingga saat ni hampir 50 temuduga aku dah hadir untuk tujuan kerjaya. Dalam kebanyakan temuduga yang aku hadiri ada ratusan kawan baru yang aku kenal dan jumpa.

Bila dah banyak sangat temuduga yang aku hadirkan diri, maka lama-kelamaan trend temuduga mula aku fahami serba sedikit.

Tips asas temuduga ialah kita perlu kekal tenang sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Segalanya akan jadi kelam-kabut, jiwa kacau serta sakit hati bila tiada unsur ketenangan ketika menghadiri sebarang bentuk temuduga.

Sila faham bahawa untuk tenang bukan bermakna kita tak perlu menyediakan diri sebaiknya, hakikatnya kita perlu mengambil langkah selamat dengan mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum melangkah keluar dari rumah.

Homework yang disiapkan tadi itulah sumber GIGIH yang akan mendatangkan TENANG dalam menghadapi apa jua bentuk temuduga yang bakal kita hadapi.

Yang penting, ukur baju di badan sendiri, ketahui potensi diri dan kekalkan ketenangan kerna hidup yang tenang akan mendatangkan kebahagiaan serta kejayaan yang gemilang.
March 2, 2012
0
NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!