Ukuran kejayaan seorang manusia.

Semua orang mahu berjaya dalam hidupnya. Kebanyakan kejayaan yg ada di muka bumi kini berlandaskan sejenis sistem yg disediakan pihak bertauliah samada oleh kerajaan mahupun pihak swasta melalui sistem penilaian tersendiri.

Maka berduyun-duyun manusia berusaha keras untuk melepasi sistem penilaian yg ada utk mengecapi kepuasan yg dinamakan kejayaan. Selain itu, sesi mengejar anugerah juga mungkin dianggap sebagai kejayaan individu mahupun pihak tertentu.

Namun demikian, secara tidak sedar kebanyakan manusia kini mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa banyak harta yang dimiliki insan tersebut. Tak kurang juga wujud ibubapa yg gigih 'menjual' anak mereka dengan harga tinggi semasa proses perbincangan hal berkaitan majlis perkahwinan. Bagi ibubapa jenis ini, waktu inilah yang terbaik agar anak mereka hidup bahagia dengan keupayaan harta yg ada pada pasangan anak mereka.

Mungkin contoh yang diberikan agak keterlaluan sifatnya. Cuma ia wajar difikirkan dengan terbuka semoga kita faham, kejayaan dalam hidup bukanlah terletak pada jumlah harta yang ada. Wang dan harta mungkin boleh dijadikan sebagai 'alat bantu' penambah kejayaan. Cuma kejayaan sebenar dalam hidup manusia ialah mendapat bahagia zahir dan batin secara halal kerna keadaan ini akan mendatangkan keberkatan hidup yang sifatnya berpanjangan dari kehidupan dunia hinggalah akhirat kelak.

**gambar hiasan
February 2, 2012
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…