Tips Audition On Air terbitan Astro Ria. #OnAir


Mesti ramai yang agak tahu dan ada rasa macam teringin nak mencuba dalam rancangan realiti terbaru terbitan Astro. Sebuah rancangan pencarian bakat pengacaraan TV dan radio yang bergelar On Air. Bermula minggu lepas, ujibakat diadakan yang bermula di Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan berakhir di Kuala Lumpur.

Memandangkan aku berkesempatan menjenguk sesi ujibakat yang diadakan di Red Box Gurney Plaza, Pulau Pinang baru-baru ni, aku rasa bagus untuk dikongsikan perjalanan sesi ujibakat ni.

Persediaan SEBELUM ujibakat:

  • Pastikan semua dokumen yang diperlukan LENGKAP! (Salinan MyKad, Gambar saiz 4R dan Resume Anda)
  • Gambar bersaiz 4R tu biarlah dalam keadaan sopan dan menampakkan rupa anda yang bagus. Kurang sesuai kalau gambar dalam keadaan melentang, melompat dan yang segaya dengannya.
  • Pakaian yang dicadangkan ialah SMART CASUAL, kalau nak bagi anda nampak meletop dan meyakinkan, boleh ja kalo nak berpakaian formal. Itu pilihan anda.
  • Sila bersedia dengan pengetahuan yang jelas bahawa ini ialah rancangan mencari PENGACARA. Ini bukan tempat mencari pemidato, mahupun pendebat yang bagus.
  • Sila bawa bersama BEKALAN MAKANAN/MINUMAN kerana proses menunggu yang lama (sekurang-kurangnya 4 jam masa menunggu) sangat meletihkan dan memungkinkan anda mengalami sakit perut akibat lapar.
  • Sila pastikan anda membawa bahan secukupnya untuk menampakkan anda kekal segar dan cergas sebelum memasuki bilik ujibakat.
Perlukah SKRIP???
Cadangan dari aku, sila sediakan beberapa point untuk anda bercakap. Dalam borang ujibakat anda akan diminta menulis skrip sikit. Tapi silalah fahami isu yang anda nak sampaikan. Sebab anda tidak dibenarkan membawa sebarang kertas semasa dalam bilik ujibakat. Sekadar membawa diri ja.



SEMASA ujibakat.
Ujibakat ini akan berlangsung dalam 2 peringkat:
Suhaimi Sulaiman, Aznil Hj Nawawi, Datin Seri Normala Samsuddin
  1. Peringkat ujian pengetahuan am.

    Dalam sesi ini anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan pengetahuan am yang meliputi hal ehwal hiburan, sukan dan isu-isu semasa. Rajin-rajinkan diri menonton televisyen hal berita semasa agar anda boleh dianggap bersedia untuk memberikan jawapan yang baik dalam peringkat ini.

    Ujian ni ada beberapa soalan objektif dan beberapa soalan subjektif.
  2. Peringkat sesi ujibakat.


    Ini sesi PENTING!!

    Anda perlu menunjukkan keyakinan dan kematangan anda seawal langkah pertama anda memasuki bilik ujibakat. Pihak juri yang dilantik akan meneliti anda dari awal.

    Anda diminta memperkenalkan diri dan kemudian akan diberitahu untuk menunjukkan bakat pengacaraan anda mengikut kategori yang anda pilih. Sila yakinkan mereka dengan gaya anda sendiri tanpa perlu melontarkan suara terlalu kuat atau terlampau perlahan.

    Anda dinasihatkan agar yakin dengan gaya dan cara anda dan tidak terikut-ikut dengan mana-mana personaliti TV sedia ada.
Selepas Ujibakat.
Anda akan diberi samada kertas PINK atau MERAH.

Ini CONTOH kertas PINK yang orang dapat.

PINK bermakna anda berpotensi dan berada dalam senarai pendek yang bakal disaring lagi selepas ni..

Kalau MERAH, maka anda perlu mempertingkatkan bakat anda agar boleh diterima lain kali.

Maka berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh. Kot-kot ada rezeki.. :P


Jangan lupa rujuk website rasmi http://www.astro.com.my/onair/
Akaun Facebook On Air : http://www.facebook.com/OnAirRIA
Akaun Twitter On Air : http://twitter.com/OnAir_RIA