Wednesday, January 4, 2012

Mengenalpasti minat.

Memberitahu orang lain cita-cita kita amatlah mudah. Mungkin kita selalu ditanyakan tentang cita-cita ketika zaman sekolah dulu. Antara cita-cita yang popular disebut ialah nak jadi doktor, jurutera dan profesor.

Itu normal bagi tahap pemikiran kanak-kanak yang hanya mampu mengenalpasti sesuatu yang mereka kerapkali nampak di mata mereka. Hakikatnya, segala cita-cita memerlukan minat mendalam agar kita dapat berusaha ke arah cita-cita tersebut.

Kesimpulannya, untuk mencapai cita-cita, manusia perlu ada minat yang jelas selari dengan jiwa mereka.

Proses mengenalpasti minat bermula dari aktiviti pelajaran di sekolah. Tak kisahlah pelajaran mengikut kurikulum ataupun aktiviti ko-kurikulum yang disediakan pihak sekolah. Bermula dari pendidikan prasekolah hinggalah peringkat pengajian tinggi.

Kebanyakan kes graduan menganggur adalah diakibatkan oleh minat yang kurang mendalam ke atas kursus yang diambil ketika pengajian di institusi pengajian tinggi. Mungkin mereka minat di kursus lain, tetapi atas tuntutan ibubapa ataupun tuntutan sistem, individu 'terpaksa' meneruskan pengajian. Bayangkan sekurang-kurangnya 45% graduan bekerja di luar bidang yang mereka ambil ketika melanjutkan pelajaran satu masa dulu.

Oleh yang demikian, bila minat tidak berjaya dipenuhi, motivasi akan jatuh. Lantas pemberontakan berlaku dan kebanyakan graduan hanya bekerja untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata.

Dalam usaha mengenalpasti minat, beberapa ujian psikologi boleh dijalankan melalui kaunselor di sekolah atau di instutusi pengajian tinggi. Bila kita kenalpasti minat kita, maka kita perlu gigih dan bersemangat untuk tujuan meneruskan minat kita. Kalau hati punya mau, mesti kita boleh redah. Itu prinsip yang perlu dipegang agar kita kekal berjuang dan meneruskan hidup dengan indah kerana perkara yang dilakukan ialah perkara yang kita minat.

Moga kita dipermudahkan urusan agar bahagia selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sebarang komen amatlah dihargai.