Monday, January 2, 2012

Mahasiswa dan pelajar.

Hakikatnya 2 perkataan ni mempunyai maksud yang sama. Kedua-duanya belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi persediaan menghadapi kehidupan di masa mendatang.

Pelajar ialah seorang individu yang sedang belajar sesuatu ilmu. Mahasiswa pula membawa maksud seorang individu yang sedang belajar di menara gading atau institusi pengajian tinggi dan biasanya mahasiswa mempunyai nilai intelektual serta keupayaan menaakul dengan baik.

Isu yang cuba dibincangkan ialah tindakan mahasiswa yang kian memanaskan isu di sekitar media sosial mahupun media arus perdana.

Dalam kejadian perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim baru-baru ni, isu yang cuba diketengahkan ialah mengutarakan ketidakpuasan hati mereka dalam hal berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Sudah menjadi tabiat semulajadi manusia, apabila berkumpul beramai-ramai, manusia akan merasakan mereka berada pada kedudukan yang teguh dan kuat. Oleh yang demikian, manusia akan mula bertindak ganas dan liar dengan membuat perkara di luar batasan pemikiran yang sepatutnya mereka lakukan. Itu sesuatu yang normal.

Kebanyakan mahasiswa di Malaysia terdiri daripada muda-mudi yang berumur sekitar awal 20-an. Darah muda, cepat panas dan suka untuk memberontak. Juga sesuatu yang normal untuk seorang manusia normal. Cuma, manusia yang mempunyai ilmu dan keupayaan menaakul dengan baik sahaja mampu bertindak untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.

Bekerja sebagai pihak yang menguatkuasakan undang-undang, mana-mana pihak yang gagal memberikan kerjasama akan diambil tindakan. Apa jenis tindakan? Itu bergantung kepada tahap si pesalah tadi. Dalam kes perhimpunan haram ni, andai tiada kerjasama diberikan, maka tindakan yang beransur-ansur kekerasan terpaksa digunapakai.

Contoh mudah, andai ada anak yang tidak mendengar arahan ibu/bapa, tindakan yang diambil ialah nasihat (untuk tujuan mendapat kerjasama dari anak tadi agar menuruti nasihat tersebut). Andai anak tadi gagal memberi kerjasama, tindakan merotan/mendenda anak tadi diambil. Begitulah seterusnya.

Dengan kewujudan ramai rakyat dari golongan pertengahan (yakni mempunyai sekurang-kurangnya pelajaran hingga peringkat menengah), rasanya rakyat dah boleh faham dengan tindakan yang sepatutnya diambil. Kalaupun perlu pada perubahan, kita ada cara yang bijaksana.

**gambar hanyalah tujuan HIASAN. ;)

Sebarang komen amatlah dihargai.