Imej agama.

Setiap rakyat Malaysia semestinya ada agama masing-masing. Perkara pertama dalam Rukunegara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan.

Namun demikian, Islam agama rasmi persekutuan Malaysia. Lantas apa jua bentuk majlis rasmi semestinya berasaskan Islam.

Bagi seorang yg beragama, kita perlu menonjolkan imej agama kita. Semua agama menganjurkan perbuatan baik dan bersopan santun. Tapi perkara pelik yg berlaku kini, sikap sopan santun serta menonjolkan sikap baik sesama masyarakat seringkali dilupakan. Seolah-olah rakyat Malaysia tidak menganut apa-apa agama dalam kehidupan mereka.

Selain itu, sebagai orang yg ada agama juga, kita semestinya ada tanggungjawab yg perlu dilakukan ke atas agama kita. Pada pendapat aku, agama bukanlah sekadar meraikan perayaan mahupun menjadi lesen untuk senang dikuburkan apabila mati kelak. Ia adalah gaya hidup, yg merangka hidup kita.

Jadi, dengan hidup berasaskan agama, menampilkan imej agama dengan baik maka kehidupan harmoni dan bahagia akan dikecapi dengan mudah. Insyaallah.
Lal Azmi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
January 21, 2012
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…