Monday, December 5, 2011

Rupa Bukan Sekadar BERBAKAT BESAR dalam #1PlastikHitam

Ini sejenis rancangan realiti yang dipentaskan dalam sebuah pementasan teater.

Kalau dah namanya rancangan realiti, bermakna penonton akan bertindak sebagai juri dek kerana kewujudan lambakan rancangan realiti yang menjadikan penonton sebagai juri. Inilah yang dinamakan sebagai komunikasi dua hala yakni penonton mengundi untuk peserta di atas pentas dan peserta bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.


Teater 1 Plastik Hitam yang bakal dipentaskan di Stor DBP, Kuala Lumpur pada 7 - 11 Disember 2011 ini akan membawakan pementasan bersifat absurd untuk tontonan umum. ANDA SEMUA dijemput untuk memeriahkan pementasan teater ini. Pas masuk boleh didapati dengan membuat tempahan melalui talian 019 357 2093.

Ini ialah video DIARI Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar.




Karl Syafek sebagai Graduan Muflis

Ameera Ramlee sebagai Perempuan Berpurdah.

Anas Ridzuan sebagai Busker.

Fasyali Fadzly sebagai Lelaki Perkasa.

Fazleena Hishamuddin sebagai Budak Perempuan Beruniform Sekolah


Terbitan : MASK Team

Dengan Kerjasama : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Penerbit : Shawn Amer

Karya & Arahan : Syahrul Fitri Musa

Pelakon :
Fasyali Fadzly
Fazleena Hishamuddin
Karl Shafek
Anas Ridzuan
Ameera

Sinopsis :
Apa yang tersembunyi di dalam satu plastik hitam itu? Hingga ia menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian kepada semua orang. Mungkinkah benar ia adalah sebuah bom yang dikhuatiri akan meletup? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga.
Dan dalam masa yang sama, mereka semua sebenarnya di dalam sebuah rancangan realiti tv menguji bakat seni. Beberapa orang telah tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya. Tewas di tangan peserta lain akibat undian sms tidak memihak pada mereka. Dan hari ini, adalah hari penentuan. Siapakah antara mereka bakal menjadi pemenangnya. Segala ditentukan oleh undian SMS anda. Jadi tolong bawa telefon bimbit anda dan topup sebelum masuk. Kerana anda, bakal penentu pengakhiran rancangan ini.

Pereka Seni / Sinografer :

Azhar Zainal

Pengurus Pentas :
Aloy Paradoks

Perhubungan Awam :
Hilal Azmi

Pengurusan :
Shazlin Kasim

Tarikh Pementasan :
7 Dis 2011 - 11 Dis 2011 / 8.30 malam

11 Dis (Ahad) - Matinee jam 3 ptg

Tempat :
Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumour

Tiket :
RM 20
berkumpulan 10 orang dan lebih - RM18 seorang

Tempahan individu / berkumpulan :
019-3572093 Hilal

Sebarang komen amatlah dihargai.