Kaedah UNDI Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar dalam #1PlastikHitam

Konsep pengundian untuk memilih pelakon yang akan terkeluar dalam Teater 1 Plastik Hitam ialah salah satu konsep yang julung-julung kali diadakan dalam sejarah pementasan teater di Malaysia. Mungkin dah lama konsep sebegini tidak berlaku secara interaktif.

Syarat pengundian:

  1. Anda boleh menghantar SEBANYAK MUNGKIN undian sepanjang pementasan diadakan. 
  2. Tiada caj tersembunyi dikenakan melainkan kadar SMS biasa (kerana kami menggunakan talian telefon selular biasa).
  3. Proses pengundian dibuka bermula jam 8.30 malam hingga tamat persembahan.

Jom kita tengok mereka yang masih tertinggal dalam rancangan Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar serta KAEDAH PENGUNDIAN:

Taip FAZ hantar ke 012 629 3327
 Fazleena, antara teater yang pernah dilakonkannya setahu aku ialah, DETIK, HEGEMONI dan MEROCOK-ROCOK serta TEATER JUTA-JUTA. Kalau filem pendek jugak, tak tahu nak cakap dah berapa banyak, tapi memang banyak. Dinobatkan sebagai Pelakon Harapan MAKUM 2004, Penulis Skrip Filem Pendek Terbaik anjuran FINAS, Anugerah Khas Juri "Komunikasi Yang Hilang" di Anugerah Karyawan Muda anjuran FINAS, dan Anugerah Seni UKM 2004. Perh power! Terbaru minah ni jugak dicalonkan untuk anugerah Best Actress melalui filem pendek Nadia. Dan dia satu-satunya gadis Melayu yang tercalon. Gud Luck Faz !


Taip MEERA hantar ke 012 629 3327
Kenali Pelakon 1 Plastik Hitam ; Meera, pernah mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Teater Selangor 2008, dan juga anugerah yang sama untuk Festival Teater Kebangsaan 2008 melalui Teater Wajah Lumpur. Pada tahun berikutnya, tercalon ke Peringkat Kebangsaan untuk kategori Monodrama dalam Festival Teater Kebangsaan melalui naskah Tangan Kiri Ayah. Beliau sudah agak lama tidak beraksi sebagai pelakon, dan melalui 1 Plastik Hitam, dia kembali berperanan Wanita Berpurdah. Jika anda minat untuk menyokong Meera jangan lupa hadir dan undi dia supaya dia tidak terkeluar dari Akademi Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar.



 Taip ANAS hantar ke 012 629 3327
pelakon hebat kelahiran Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM. Masih dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, namun telah banyak terlibat dalam pementasan-pementasan di tanahair. Selain berbakat dalam bidang lakonan, Anas juga berbakat dalam bidang pengarahan dan nyanyian. Beliau juga dikatakan bijak membahagikan masa antara kuliah, kerja-kerja luar dan teman wanita. Tahniah Anas!


Taip SYAFEK hantar ke 012 629 3327
nekad meninggalkan pekerjaannya selaku pramugara kerana minat dan kecintaannya terhadap bidang pengacaraan. Wajahnya kini menghiasi beberapa rancangan majalah TV seperti 3 Hari 2 Malam dan juga HIP TV. Selain itu Karl juga baru selesai menjalani pengambaran filem Zaiton. Ingin menjadikan teater sebagai platform ilmu dalam bidang lakonan, dan untuk itu, 1 Plastik Hitam adalah cubaan pertamanya di bidang ini. Jika anda berminat dengan Karl, sila hadir dan undi Karl agar dia tidak tersingkir dari saingan Minggu Ke 9 rancangan realiti show Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar.



Taip SYALI hantar ke 012 629 3327
Kini bertugas sebagai pensyarah tetap di Fakulti Seni Persembahan Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM. Dulu pun dia belajar dekat situ jugak, dan siap dapat anugerah pelajar terbaik lagi. Antara pengarah teater yang aktif di tanahair. Antara karya tulisan dan arahan beliau sebelum ini adalah Tangan Kiri Ayah, Berani Mati, Paduka Oedipus, Reban Ayam Itik dan yang terbaru Teater Juta-Juta. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, untuk pesta MAKUM yang entah ke berapa, dan Anugerah Pelakon Harapan melalui monodrama Racau.



Kalau rasa nak datang menonton teater interaktif ini, boleh call/sms untuk tempahan dan pertanyaan berkaitan pas masuk yang berharga hanya RM20. No telefonnya ialah 019 357 2093.


Penafian:
  1. Keputusan adalah MUKTAMAD dan kami telah diaudit oleh juruaudit yang bertauliah.
  2. Pihak produksi MASK Team tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan, kepayahan mahupun sebarang bentuk kerugian sepanjang tempoh pengundian ini kerana segalanya atas TANGGUNGAN RISIKO SENDIRI.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.