Dengan tema ucapan UMNO Menjuarai Transformasi, berikut ialah antara point ucapan dari teks ucapan penuh yang sempat aku hadamkan sepanjang ucapan Presiden UMNO 2011:
![]() |
| Kredit kepada twitter @KhairyKJ |
- Ciri utama ahli UMNO ialah Orang yang taat dan setia kepada parti & cinta dan kasih pada Melayu.
- Contohi perwatakan Khalid Al Walid yang taat setia kepada pemimpin.
- Jangan tikam dari belakang.
- Jangan telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
- Cerdik pandai sejarah parti yang tersurat dan tersirat.
- Perlu ada cinta yang satu kepada parti.
- Org UMNO harus kenal sejarah parti yg tersurat & tersirat
- Org UMNO adalah orang yg ikhlas berkhidmat utk rakyat. Kejayaan terbesar UMNO ialah menyatukan Melayu
- Perbezaan spttnya bawa rahmat, bukan perpecahan dlm parti.
- Kesanggupan org2 UMNO utk mengundi calon2 BN yg bukan dari kaumnya sendiri membuktikan UMNO bukan rasis
- UMNO memperjuangkan kemerdekaan melalui diplomasi, bukan revolusi bersenjata.
- UMNO mengecam percubaan mengubah sejarah dengan memperlekehkan sumbangan pahlawan negara.
- Selepas menang keamanan, diisytihar pula perang keatas kemiskinan. Konsep negara kebajikan dah diamal 6 dekad
- DEB sejelasnya tidak pernah merugikan org bukan Melayu. Kelas menengah Melayu yg terbesar dilahirkan oleh DEB mengasaskan kestabilan sosial
- Keluaran MRSM ialah kejayaan Dasar Ekonomi Baru.
- Generasi baru, anak kpd generasi DEB tak suka diungkit2 jasa kita dulu. UMNO mengiktiraf sumbangan org muda.
- UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yg mempunyai sayap utk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dgn sayap puteri.
Dari ucapan ini juga aku mula paham kekuatan teras UMNO iaitu:
- keupayaan menggagas semula parti
- prinsip wasatiyyah
- mengulungi idea
- letakkan kebajikan rakyat diatas
Moga perjuangan UMNO kekal segar kerana aku tahu UMNO ialah parti paling demokratik yang pernah wujud di Malaysia.






