Wednesday, December 14, 2011

Banjir di Kuala Lumpur.

Kalau dalam peradaban India yang hebat dah gah suatu masa dulu terbentuk dari Sungai Ganges dan juga Sungai Jamnah, maka terbentuklah keajaiban dunia yang kekal hingga kini iaitu Taj Mahal. Malahan masyarakat India masih beranggapan bahawa 2 sungai utama ini merupakan sungai suci yang menjadi nadi penggerak kemajuan tamadun India suatu masa dulu.

Kuala Lumpur sebuah bandar yang terbentuk dari lembangan 2 sungai utama iaitu Sungai Gombak dan juga Sungai Klang. Hasil perdagangan, perhubungan, kerjasama serta kehidupan harmoni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini telah membentuk sebuah bandaraya bertaraf dunia yang menjadikan ia sebagai pusat perniagaan yang terulung di Malaysia.

Sebagai penyakit normal untuk sesebuah negara membangun, masalah kesesakan lalulintas dan juga masalah banjir kilat adalah normal bagi negara berilklim tropika seperti Malaysia.

Inisiatif kerajaan pusat untuk dibina sebuah terowong yang melencongkan perjalanan air limpahan hujan yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur ialah satu bentuk inisiatif yang sangat baik di samping meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk kekal melabur di Malaysia.

SMART ialah akronim kepada Stormwater Management And Road Tunnel atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai sistem pengurusan air hujan dan terowong. Projek yang dikenali sebagai SMART ini merupakan projek yang hebat!

Idea menyelesaikan masalah menerusi SMART.
Apabila berlaku hujan lebat di Kuala Lumpur, air hujan yang banyak tadi akan melimpahkan sejumlah besar air sungai terutama dari Sungai Gombak yang akan menenggelamkan kawasan sekitar Kepong ke PWTC. Selain itu, air hujan yang deras tadi juga akan menyebabkan limpahan yang banyak hingga mampu menenggelamkan kawasan sekitar Masjid India, Masjid Jamek dan juga sekitar Mid Valley Megamall.

Maka idea yang digunapakai ialah dengan mewujudkan kawasan tadahan yang akan dikawalselia 24 jam sehari tentang paras air agar ia boleh dilepaskan melalui terowong SMART melalui Sungai Kerayong ke hilir sungai dan terus ke laut.

Dwi-kegunaan
Terowong SMART ini bukan sahaja penting untuk tujuan menguruskan air hujan yang mampu menyebabkan banjir kilat di bandaraya Kuala Lumpur, tetapi juga digunakan sebagai laluan alternatif dari laluan arah Selatan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kes Banjir Kilat di Jalan Tun Razak, 13 Disember 2011.



Kejadian sebegini jarang berlaku semenjak kewujudan terowong SMART, ini adalah diakibatkan oleh hujan lebat luar biasa yang berlaku sejak jam 3 petang yang telah melimpahkan air sungai gombak yang menyebabkan kawasan sekitar Perpustakaan Negara, Institut Jantung Negara dan juga BERNAMA telah dilimpahi air paras lutut.



Namun demikian, tindakan pantas Jabatan Pengairan dan Saliran telah berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat ini dengan penutupan terowong SMART untuk lalulintas bagi membolehkan limpahan air hujan ini diselesaikan segera

Cuma masalah besar yang timbul ialah berlaku kesesakan lalulintas luar biasa yang menyebabkan penduduk metropolitan mengalami tekanan perasaan dan sesi memaki hamun di laman sosial menjadi-jadi. Mujurlah kejadian sebegini tidak berpanjangan hingga menyusahkan lebih ramai orang.

Hanya dalam tempoh 1 hingga 2 jam sahaja air telah berjaya surut dan lalulintas kembali seperti asal. Alhamdulillah.




**Biarlah mereka yang tidak bersyukur itu mendapat balasannya nanti. Tapi aku tetap bersyukur dengan kewujudan kerajaan yang prihatin dengan keperluan rakyat di bawah lembayung Yang DiPertuan Agong. Tahniah Tuanku Sultan Abdul Halim atas pengisytiharan sebagai YDPA yang baru. Daulat Tuanku.

Sebarang komen amatlah dihargai.