Wednesday, November 23, 2011

Warna emosi manusia.

Indahnya kehidupan bila kita mampu mengenali warna emosi manusia.

Biar ia MERAH, BIRU, HIJAU, 3 warna atau apa saja jenis warna dalam emosi manusia itu sangat memberi kesan ke atas nilai kehidupan manusia lain. Ada yang kata emosi marah itu terjadi akibat 2 perkara semata-mata:
  1. samaada insan tersebut TERRRRamat sayang kepada anda.
  2. ataupun insan tersebut TERRRamat benci dengan anda.
Akan tetapi disebabkan makhluk itu dinamakan manusia, aku anggapkan dia sebagai sentiasa membuat salah. Biarpun manusia kekal wujud dengan akal bernilai tinggi, cuma sikap manusia selalu menjatuhkan nilai yang ada pada dirinya sendiri.

Banyak warna emosi berbanding warna baju dalam gambar ini.

Tapi ada manusia yang punya banyak warna dalam emosinya. Dia boleh jadi sedih, marah, suka, gelak, mengilai dan sebagainya hanya dengan satu petikan jari sahaja. Itulah manusia paling berwarna yang aku pernah jumpa.

Ada juga manusia yang hanya 2 jenis warna sahaja dalam emosinya. Mungkin warna ceria dan mungkin warna pudar. Bergantung kepada apa yang ada di kepala otaknya. Manusia sebegini secara normal kejadiannya mempunyai keupayaan untuk satu kerja sahaja. Cuma mungkin dek ego terhadap rakan sebaya yang lain beliau terpaksa meletakkan 2 warna saja untuk menjadikan ego yang ada pada dirinya kekal tinggi dan beliau tidak mudah dipandang remeh oleh orang lain.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita mahukan 1Jenis warna sahaja dalam hidup kita?



**Produksi MASK Team kini menampilkan Teater 1 Plastik Hitam yang bakal diadakan di Stor DBP,KL pada 7-11 Disember 2011. Harga tiket RM20 sahaja. Telefon/sms 019 357 2093 utk tempahan.

Sebarang komen amatlah dihargai.