Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik. Maka ucapan Salam Maal Hijrah menjadi 10 topik yang paling banyak dibincang hingga ia trending di laman Twitter.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Itu persoalan yang aku suka timbulkan. Tapi, abaikan dengan soalan itu, bagi aku kita wajib bersyukur sepenuhnya kepada Allah kerana dengan limpahan nikmat dariNya yang memberikan kita peluang menjumpai tahun baru.

Tanpa kita sedar umur kita meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah Taubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Untuk tahun 1433H ni aku doakan agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
November 27, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!