Teater Juta Juta Putrajaya...

Dalam tempoh singkat, teater ini telah diangkat ke tapak yg lebih BESAR..ke sebuah tapak baru, ruang niaga baru dan dewan baru..

Sesi pementasan yang aku anggapkan umpama letusan ejakulasi terpuas tahun ini apabila sebuah teater kecilan kini berada di pentas sederhana besar.

Mungkin Panggung Eksperimen Mawar Sari ini tidaklah gah seperti pementasan di Keraton. Namun, nilainya amat tinggi buat penggiat seni jalanan. Abaikan mulut longkang yang cuba membusukkan keadaan. Tapi kami tahu apa kami buat.

Lihat saja kejayaan band indie yang terpaksa berusaha keras suatu masa dulu. Lihatlah bagaimana Bunkface bersusah payah bergerak secara indie. Berkat usaha + sokongan peminat seni jalanan, kini mereka gah setanding artis antarabangsa lain.

Doa aku, agar kerjasama dari Majlis Belia Putrajaya ini menjadi titik tolak untuk teater indie mendapat tempat di hati masyarakat. Kalau setakat tengok skrin di wayang tanpa unsur emosi yang real di depan hidung masih tidak puas hatta teknologi 3D digunapakai sekalipun. Hanya teater sahaja yang mampu memberi anda impak 4D yang sebenar!

Mari menyokong produk 4D tempatan. Harga setaraf wayang 3D. Tak perlu cermin mata berteknologi tinggi. Hanya anda dan akal yang waras boleh mencernakan isu yang dilontarkan. Hanya RM20 untuk menonton teater ini. Dari 10hb Nov hingga 13hb Nov 2011 di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3 Putrajaya (berhadapan dengan Istana Kehakiman Putrajaya).

Anda boleh tempah tiket melalui aku di talian 019 357 2093. Boleh rujuk www.facebook.com/TeaterJutaJuta atau melalui carian di Twitter.com di hashtag #TeaterJutaJutaPUTRAJAYA

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.