Seminggu Backpacking di Kuala Lumpur.

Maka hari ni selesailah sesi backpacking mak n caca di Kuala Lumpur. Perjalanan menggunakan Keretapi Tanah Melayu dari Butterworth ke Stesen Sentral Kuala Lumpur berharga RM32.

Kebanyakan hari dihabiskan bersama sanak saudara kawasan sekitar. Bermula dengan Subang Jaya. Perjalanan ke Subang Jaya juga menggunakan Komuter.

Perjalanan beberapa hari seterusnya diteruskan ke Bangi melalui sebuah pekan lama Bangi yang hanya 5 minit dari stesen Komuter.

Pada hari terakhir mak n caca dibawa ke Gombak menaiki tren transit aliran ringan tanpa pemandu iaitu Putra LRT.

Sesi backpacking mak n caca ni telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk mengeratkan tali kekeluargaan melalui sesi bertemu dan bermesra. Jadi, hari ni mak n caca kembali ke Butterworth untuk meneruskan perjuangan cuti sekolah dengan menghantar caca ke tuisyen bagi menghadapi SPM tahun depan.

**mungkin ada perancangan lain untuk cuti sekolah ni. Tapi simpan dulu. Nanti budak tu excited terlebih. :)

November 26, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…