Pembudayaan seni dan politik.

Seni menjadi pelopor kepada perkembangan budaya sesebuah bangsa. Maka industri seni terwujud hasil tindakbalas pengkarya yang berniaga untuk menjual hasil seni kepada masyarakat. Ini penting demi memastikan seniman yang ada kekal hidup untuk terus berkarya kepada masyarakat.

Kewujudan kuasa politik dalam seni adalah satu usaha untuk membela serta mengiktiraf hasil seni yang berkualiti. Kita perlu paham bahawa hasil seni yang diminati ramai bukanlah memberi makna bahawa karya seni itu berkualiti. Kalau benar karya seni itu diminati ramai, mungkin ia sekadar memenuhi serakah peminat seni yang ada.

Dari sini wujudlah 2 spesis seniman:
1. Seniman yang berkarya memperjuangkan seni pilihan mereka.
2. Seniman yang berkarya di samping berusaha mengukuhkan kedudukan politik dalam industri seni.

Konflik antara seniman yang betul-betul berkarya untuk memperjuangkan seni dengan seniman yang memperjuangkan kedudukan politik dalam industri seni MESTI berlaku andai penguasa politik seni terlalu ghairah mempertahankan hasil seni yang terang-terang memihak kepada syarikat yang mereka naungi.

Kalau benar pejuang politik seni ini mahukan pembelaan ke atas seniman atau artis, tunjukkan keupayaan anda mengiktiraf dengan adil dan bebas sifatnya memandangkan ahli politik seni yang ada kini hanya mampu menganjurkan majlis anugerah yang megah sifatnya untuk mengiktiraf seniman yang ada di Malaysia.

Mungkin kalau nak harap ahli politik seni ini mewujudkan skim ala-ala KWSP untuk seniman dan artis agak jauh masanya, tapi sekurang-kurangnya gunalah kapasiti yang anda ada sekarang dengan bijaksana.

**gambar hanya bertujuan hiasan ja..
November 24, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Inspirasi ekor goreng Sri Petaling

Setiap kali tiba waktu makan tengahari, pekerja di Kuala Lumpur biasanya akan m…