Mahasiswa dan AUKU.

Akta Universiti dan Kolej Universiti telah menjelaskan sepenuhnya berkaitan kaedah tatatertib serta kaedah pengurusan sesebuah universiti atau kolej universiti.

Mahasiswa pula elemen paling besar yang menjadi punca kewujudan sesebuah universiti atau kolej universiti. Ini kerana mahasiswa merupakan 'pelanggan' yang menggunakan khidmat di universiti atau kolej universiti.

Jadi, kewujudan AUKU ialah sebagai sebuah terma & syarat yang harus dipersetujui andai mahu meneruskan pembelajaran di universiti atau kolej universiti.

Kenapa perlu kita mansuhkan sejenis perkara yang wajar dipersetujui sebagai timbal balik kepada perkhidmatan pendidikan yang kita harapkan? Kenapa kita boleh bersetuju dengan mudah dengan terma & syarat jika nak membeli barangan lain, tetapi untuk ini kita pohonkan ia agar dimansuhkan?

Tapi, inilah realiti mahasiswa bumiputera. Dek kerana serakah politik yang membuak umpama darah teruna yang gagah mengalir dalam badan itu, fikiran mula jadi kolot. Mungkin dengan AUKU ini memerlukan mahasiswa agar lebih bijak memanipulasikan perlembagaan sedia ada agar menghalalkan kehendak serakah politik mereka.

Tapi kesimpulannya aku yakin usaha memansuhkan ini tak lain tak bukan bermula dari ketua umum parti kian runtuh itu yang tak berjaya menamatkan pelajarannya suatu masa dulu akibat serakah politik beliau.

**Gambar hanyalah bertujuan HIASAN.
November 27, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!