Jangan salah bernafas!

Ini mungkin entry kesihatan pertama yg aku tulis dalam blog ni. Tapi disebabkan pengalaman terbaru aku, maka aku rasakan ianya amat penting untuk aku kongsikan kepada anda semua.

Kita memang dilahirkan di dunia untuk bernafas. Tarik nafas guna hidung dan lepaskan nafas melalui mulut. Mungkin jugak kaedah pernafasan kita akan berubah mengikut situasi dan perlakuan kita.

Pernafasan berkesan amatlah penting untuk memastikan kesemua anggota badan mendapat oksigen yg cukup untuk dihantar melalui sel darah kita ke seluruh badan.

Salah satu punca migrain ialah apabila berlaku kekurangan oksigen yang sampai ke otak mungkin diakibatkan oleh kaedah pernafasan yang salah.

Proses biasa bagi perjalanan oksigen dalam badan ialah, apabila udara masuk ke dalam rongga, ia akan terus menyebabkan oksigen yang masuk tadi melalui peparu untuk tujuan penapisan udara. Kemudian oksigen yg sudah ditapis masuk ke jantung untuk 'bergabung' dengan sel darah lantas oksigen tadi dihantar ke seluruh badan melalui aliran darah tadi.

Andai berlaku kekurangan oksigen, maka sel badan akan lembap untuk bekerja lantas memberi kesan kepada kesihatan kita.

Nasihat saya, andai rasa kurang sihat, sila minum air masak yg banyak sebab air masak juga sumber oksigen untuk badan. Dan kemudian, cuba amalkan teknik pernafasan berkesan untuk mengekalkan kesihatan kita.
November 16, 2011
4

Comments

  1. minum air paip, dapat zat besi skali..heheh

    ReplyDelete
  2. Hurmmm.... macam mana nak belajar teknik bernafas untuk tahan lama....hahahahaha

    ReplyDelete
  3. weh... sorry lama xbalas... rupanya aku punya intensedebate dah hancoq! :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…