Hari Raya Aidiladha, Haji, Korban dan impak kepada manusia.

Sepanjang tahun Islam, inilah sambutan teragung yang disambut di bulan terakhir tahun Hijrah. Pada bulan inilah berlakunya musim Haji di mana umat Islam seluruh dunia akan berkumpul menunaikan ibadah yang menjadi pelengkap rukun Islam iaitu mengerjakan haji di Mekah.

Banyak impak yang terhasil bukan sahaja dari sudut spiritual manusia, malahan impak besar dari segi politik, ekonomi dan sosial umat. Dari segi spiritual, umat Islam akan sedar bahawa hidup ini bukan sahaja perlu berkorban untuk hidup. Akan tetapi ramai umat Islam kini lebih suka korbankan agamanya demi menghambakan diri kepada wang.

Tidak dinafikan wang amat penting dalam meneruskan hidup. Wang juga boleh memudahkan umat Islam melakukan ibadah hingga mencukupkan hidup kerukunan seorang Islam. Namun demikian, sumber pendapatan yang halal itu sesuatu yang WAJIB dititikberatkan dalam kehidupan.

Selain daripada itu, impak berkorban ni sangat besar. Ramai manusia yang dah terkorban dalam kebahagiaan hidup manusia sekarang. Sebagai contoh, pengorbanan kehidupan saintis lampau untuk kajian kehidupan manusia telah memberikan kehidupan yang mudah masa kini.

Oleh yang demikian, jadikanlah pengorbanan satu nilai hidup yang mulia untuk diamalkan. Cuma sila berjaga-jaga dengan manusia yang sentiasa bertindak parasit yang mempergunakan nilai korban orang lain untuk mendapat keuntungan sendiri.

Salam Aidiladha untuk anda semua.

**gambar hiasan semata-mata. :p
November 6, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…