Bila si anak menelefon.

Telefon telah mengalami evolusi paling pesat dalam 15 tahun kebelakangan ni. Dulu telefon hanya untuk tujuan berhubung saudara yang jauh. Maka kemudian wujud telefon bimbit yg menjadi peralatan mewah lantas dengan lajunya berevolusi menjadi sejenis benda yang perlu pada saat ini.

Maka untuk memudahkan hubungan kekeluargaan agar terjalin erat dan utuh, biasanya ibubapa akan menyediakan telefon bimbit untuk anaknya. Maka kebanyakan anak-anak zaman kini mudah untuk menelefon dan berhubung dengan mak abah serta ahli keluarga yang lain.

Tak dinafikan bahawa telefon bimbit diguna untuk berhubung serta bersosial dengan kawan-kawan yang lain. Bukanlah menjadi kesalahan pada mata aku.

Cumanya, bila si anak dah berjauhan dengan ibubapa, alat telekomunikasi yang memudahkan hubungan tadi tidak digunakan sebaiknya untuk menghubungi ahli keluarga tersayang. Kita akan lebih selesa menghubungi kawan-kawan berbanding ahli keluarga kita.

Salah satu trend masa kini ialah si anak hanya akan menelefon ibubapa apabila kehabisan dana untuk dibelanjakan.. Itu saja..

Kalau aku jadi bapak, mungkin wujud rasa sedih. Tapi, adakah telefon bimbit hanyalah untuk proses meminta duit???

Sayangi dan hubungi serta hargai ibubapa anda sementara mereka masih ada di muka bumi ni...
November 3, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!