Bila nasib baik datang AWAL.

Orang selalu pesan, 'langit tak selalu cerah'. Membawa maksud kita akan tetap melalui hari hujan walaupun kita nampak pagi hari bermula dengan langit yang cerah. Kadang-kadang hujan mungkin muncul di tengahari.

Bila bercakap hal rezeki, ada juga yang suka mengaitkannya dengan kebergantungannya dengan nasib. Bagi kebanyakan orang, rezeki murah datang dengan pakej nasib yang baik. Mungkin sebab limpahan rezeki itu memberi kesan baik untuk semua orang sekeliling.

Ada benarnya, insan yang mahal rezekinya mungkin jugak pembawa kepada rezeki buruk. Realitinya insan yg tidak bekerja kerapkali menjadi pencetus masalah ke atas orang sekeliling. Individu macam ni la yang akan menimbulkan masalah. Bagi yang tampak baik sikit, dia akan membuat pinjaman berbentuk wang kepada orang terdekatnya untuk membiayai kehidupannya. Bagi insan tak bekerja yang keji sikapnya, perbuatan seperti mencuri menjadikan hidupnya bahagia.

Nasib yang baik boleh jadi datang pada awal waktu. Tak semua orang dapat menikmati nasib yang baik pada usia muda. Malah, ada juga orang yg hanya menikmati nasib yang baik setelah melalui segala jenis perit pedih kehidupan.

Ada juga orang menikmati nasib baik tatkala awal waktu (waktu muda), dan akhirnya mendapat nasib buruk ketika tua akibat sikapnya sendiri.

Adakah nasib itu bergantung pada sikap? Atau adakah nasib yang baik adalah dengan kemurahan rezki kepada kita?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
November 28, 2011
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …