Tak perlu jadi BODOH masa kahwin.

Aku suka menghadiri majlis kenduri kahwin. Nak rasa makanan, nak tengok suasana, belajar istilah sembang-sembang kampung dan lain-lain.

Mungkin revolusi berlaku ketika majlis kahwin di Malaysia. Ribuan konsep diwujudkan agar memori perkahwinan pasangan yang berkahwin jadi sangat menarik di samping meraikan ahli keluarga serta kenalan kedua belah mempelai.

Tapi, wujud unsur kebodohan tatkala majlis berlaku. Unsur kebodohan begini mampu mewujudkan sumpah seranah orang lain yang mungkin memberikan kesan kepada kehidupan berumah tangga.

Salah satu unsur bodoh ialah membuat majlis kahwin yang menyusahkan orang lain. Contohnya, andai majlis kenduri ingin dibuat di depan rumah pengantin yang menyebabkan penutupan laluan dilakukan, sila pastikan informasi diberikan kepada semua pihak. Mungkin kalau mulut dah berat sangat untuk memberitahu, gunakan papan tanda dari awal yang memberitahu orang awam tentang penutupan jalan.

Pada aku, anda informasi diberitahu awal, maka tak la sakit hati. Tapi masalah bodohnya penganjur majlis kenduri kahwin ni, dia tak mau bagitau awal. Maka ia menyusahkan orang lain.

Aku harap tindakan bodoh sebegini tidak berlaku agar anda lebih dihormati. Tak kisah la kenduri kahwin ke berapa kali sekalipun, pastikan anda prihatin dengan orang sekeliling. Lainlah kalau jalan raya tu bapak hang seorang ja yang bayar cukai jalan.

Harap tiada nilai bodoh pada pengantin atau keluarga. :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
October 13, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!