Steve Jobs Meninggal Dunia Pada usia 56 tahun.

Dari laman web Apple.com kita dapat mengetahui bahawa Steve Jobs, iaitu Co-Founder kepada syarikat Apple telah meninggal dunia selepas menderita kanser pankreas sejak beberapa tahun yang lalu.


Beliau telah banyak memberikan inspirasi kepada dunia teknologi kerana daya inovasi dan kesungguhan yang ditunjukkan beliau telah berjaya merubah dunia.

Bayangkan suatu ketika dulu, komputer tablet merupakan  jenis komputer yang dianggap mahal dan sukar untuk diaplikasikan dalam hidup. Kini, dengan kewujudan Ipad yang dikeluarkan oleh syarikat Macintosh ni, komputer tablet bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.

Steve Jobs juga dikenali dengan kehebatan beliau membuat persembahan produk ketika pelancaran satu-satu produk Apple. Malahan setiap kali sesi pembentangan oleh Steve Jobs, ia amat ditunggu-tunggu oleh peminat beliau. Maka kehilangan beliau kini menjadi kenang-kenangan dunia pembentangan kerana hingga kini, beliau dianggap sebagai seorang pembentang yang amat berkesan malah tersohor di seluruh dunia.

**Aku jugak kehilangan tok sedara yang turut meninggal pagi ni. Semoga roh dua insan ini dirahmati  serta diletakkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: CNN, Reuters
Hebahan
October 6, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!