Selamatkan diri.

Banyak situasi yang perlu kita alami dalam menjalani kehidupan harian. Malahan situasi hubungan peribadi turut menjadikan kita terpaksa mencari jalan untuk selamatkan diri.

Dalam hal kehidupan kebanyakan manusia, bencana alam sekitar yang berlaku memerlukan kita untuk mencari jalan penyelesaian selamatkan diri agar hidup dapat diteruskan. Sebagai contoh ancaman tsunami yang melanda memerlukan manusia untuk bijak menangani sebarang isu yang bakal timbul. Salah satu kaedah ialah dengan melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi.

Kalau dalam hal sosial mahupun politik, usaha selamatkan diri kebanyakannya berlaku akibat daripada ancaman yang dilakukan individu terbabit sendiri. Oleh yang demikian, masalah yang timbul kebanyakannya terhasil dari keceluparan mulut memercikkan kata-kata. Mungkin kalau dalam dunia siber kini, perkataan yang dilontar melalui laman sosial menjadi isu serta buah mulut semua orang andai ia berjaya dikesan.

Dari itu, aku katakan sesi menyelamatkan diri adalah penting! Tak kisah walau apa jua kaedah, mahupun strategi yang cuba digunapakai. Apa yang penting, selamatkan diri tanpa menyusahkan orang atau kumpulan manusia lain. Selamatkan diri sengan bijak biar sekecil mana ruang yang kita ada.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
October 1, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!