Nak jadi menteri kena pandai Twitter!


Menteri ialah salah satu jawatan yang penting dalam institusi Badan Eksekutif sesebuah negara. Nak jadi menteri sangatlah mudah, iaitu menang pilihanraya umum terutama sebagai ahli parlimen kawasan dan kemudian pastikan parti politik yang anda wakili mendapat kemenangan majoriti keseluruhan dalam pilihanraya umum. Ini untuk kes Malaysia la. Negara lain mungkin anda boleh cari sendiri.

Ini page Twitter Khairy Jamaluddin. GAMBAR HIASAN.

Jadi, menteri akan jadi Tok Dalang yang akan mendalangi wayang kulit sesebuah kementerian. Apa jenis lakonan, apa jenis cerita dan apa jenis kerja semuanya bergantung kepada Tok Dalang tadi iaitu Menteri. Oleh yang demikian, Menteri ni kenalah bijak dalam portfolio kementerian yang dia pegang. Malahan segala isu yang timbul juga seharusnya boleh dijawab dengan ringkas, padat, tepat serta MUDAH DIFAHAMI semua orang. Sebabnya segala isu yang timbul ke atas kementerian biasanya akan melibatkan sekurang-kurangnya 100 000 orang.

Bukan senang nak jadi Menteri ni.

Sebagai kes sedia ada, kebanyakan Menteri yang ada di dalam kabinet Kerajaan Barisan Nasional kini, mengalami masalah yang SAMA, iaitu sukar untuk memahamkan rakyat tentang sesebuah isu dengan ringkas, padat, tepat & MUDAH DIFAHAMI. Malahan, kebanyakan penerangan mereka sangatlah panjang berjela hinggakan orang ramai jadi keliru dan lantas bertindak buat-buat faham dan mengabaikan isu yang timbul.

Pihak pembangkang sekarang pulak yang berjaya menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat, telah menjalankan tindakan bijak! Iaitu menjalankan bangkangan dengan bijak dan penuh keraguan dalam keadaan yang ringkas, padat, tepat dan MUDAH DIFAHAMI.

Aku pernah cadangkan kepada salah seorang Timbalan Menteri menerusi lama Twitternya agar disebarkan kepada Menteri Kabinet lain untuk meneruskan usaha mewujudkan akaun Twitter mereka agar mereka boleh berlatih untuk memberikan kenyataan dalam 140 karakter sahaja tentang satu-satu isu. Biar pada awal tampak lemah, tapi bagi aku practise makes perfect!

Harap cadangan aku kepada Menteri Kabinet sedia ada kini, mampu memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia untuk lebih mudah memahami polisi kerajaan dan juga apa jua perjuangan kerajaan kita.

Fikir2
October 14, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!