Manusia dan hutan.

Hutan ialah kawasan yang penuh dengan pokok dan tumbuhan yang tumbuh meliar di sesebuah kawasan yg dikenali sebagai istilah flora. Selain itu, di hutan juga wujud binatang yang hidup di kawasan ini yang dikenali dengan istilah fauna.

Manusia pula merupakan sejenis spesis hidupan yang dicipta untuk mampu berfikir, berkomunikasi serta mampu menjalankan aktiviti kehidupan di samping hidup menyembah Tuhan yang mencipta mereka.

Maka dengan itu, manusia dan hutan saling berhubung serta berinteraksi sejak zaman purba hinggalah zaman moden. Mungkin tatkala zaman purba dulu ramai manusia tinggal di hutan untuk hidup.

Selaras dengan perkembangan kehidupan manusia, hasil hutan yang dulu digunakan untuk tujuan meneruskan kehidupan telah berubah. Manusia mula menghapuskan hutan untuk memenuhi keperluan manusia lain untuk dibina petempatan dan tamadun mereka.

Kini, bandar moden mula menguasai daratan yang wujud di seluruh planet Bumi ini. Jika dibandingkan dengan jumlah hutan yang tinggal, kawasan bandar lebih besar berbanding kawasan hutan.

Proses menebang, menarah, mencukur dan yang sehapus dengannya merupakan proses biasa demi petempatan manusia.

Adakah manusia akan terus menghargai hutan?
Apakah manusia masih tak cukup harta hingga perlu hapuskan hutan yg ada kini dengan lebih banyak?
Adakah manusia hanya akan insaf bila Tuhan turunkan bencana?

Tepuk mana2 tanya jiwa...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.