Kembali ke sekolah!

Aku sering tertanya kat diri aku, apa yang aku dah bagi untu bekas sekolah yang pernah aku belajar suatu masa dulu. Tak kisah la sekolah rendah atau sekolah menengah. Dengan kapasiti dan keupayaan yang aku ada sekarang, apa jenis bantuan yang boleh aku bantu untuk meningkatkan kegemilangan sekolah aku dulu.

Itu yang aku selalu fikir. Ini kerana bagi aku, segala ilmu, kejayaan mahupun penghargaan yang aku ada sekarang ni takkan berlaku seandainya tidak dimulakan asas ketika aku di sekolah dulu.

Kini, ada antara alumni sekolah yang dah kerja dalam bermacam-macam bidang seperti bidang kesihatan, bidang pengurusan, angkatan tentera, penerbangan, kejuruteraan dan juga bidang hiburan. Kebanyakan kes yang banyak mendapat perhatian pihak sekolah ialah apabila ada alumni sekolah yang telah berjaya jadi sombody di bidang hiburan.
Hari Kantin SMK Sri Andalas dengan tema Back To School.

Pada aku, ianya tak salah. Sekurang-kurangnya mereka ini ada agenda tersendiri yang ingin diketengahkan kepada pengikut mereka dalam industri. Malahan, ada antara pengikut / peminat mereka datang dari junior di sekolah lama tempat mereka belajar. Ada yang lebih menarik mereka ini sanggup untuk kembali ke sekolah menghiburkan rakan-rakan sekolah generasi baru yang belajar di tempat mereka pernah belajar. Ianya sesuatu yang menarik kerana mereka ini bukan sahaja menghiburkan orang di serata pelusuk negara, tetapi juga membuat persembahan ekslusif untuk pelajar sekolah mereka.

Mungkin bagi guru-guru agama, atau guru yang alim ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku. Cuma sedikit persoalan aku cuba timbulkan ialah ramai sangatkah bekas pelajar sekolah yang kini berada di industri selain industri hiburan yang sanggup kembali ke sekolah untuk membuat "sesuatu" untuk generasi baru yang ada di sekolah tersebut??


Aku rasa, AMAT KURANG. Kalau ada pun, biasanya melibatkan aktiviti yang "menghasilkan duit" bukannya bersifat "memberi".

Aku harap, kita wujudkan usaha untuk membantu sekolah kita. Mungkin dengan bersikap lebih "memberi" ini mendatangkan pulangan yang lebih lumayan di hari lain.
Fikir2
October 17, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!