Berhadapan situasi MATI.

Setiap hari, ada saja berita kematian yang kita dengar, baca dan dapati. Ada yang melibatkan ahli keluarga kita, sahabat2 kita, dan tidak terkecuali orang lain yang berada di sekitar kita.

Bagi yang Islam, biasanya kita akan berpesan pada kawan2 kita untuk sedekahkan AlFatihah untuk arwah. Bagi yang bukan Islam kita mendoakan agar roh si mati dapat berehat dengan aman di 'sana'.

Aku nak bincang isu orang Islam. Tak tau la, adakah ini trend atau akibat kurang mengamalkan ajaran agama Islam, bila ada orang mati ja mereka akan sebut "AlFatihah" semata-mata berbanding membaca sepenuhnya ayat dari surah tersebut.

Bagi aku, andai orang yang kita kenal, pernah berjumpa, mahupun sesiapa yang meninggal dunia, kita yang hidup seboleh-bolehnya patut memberi sedekah pahal kepada mereka sebanyak mungkin ikut kemampuan kita. Kalau kita mampu menyedekahkan pahala membaca surah Yasin lagi baik. Kan?? Tapi ini sekadar sebut tajuk surah, itu tidak memberi apa-apa makna hatta pahala sekalipun.

Aku harap lepas ni, AlFatihah bukanlah sekadar pesanan untuk kawan-kawan agar membacanya dan sedekahkan kepada si mati. Tapi, membacanya dengan penuh ikhlas agar pahala yang paling berkualiti kita sedekahkan untuk membantu si mati. Insyaallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
October 11, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!