Teater Juta Juta @ Stor Dewan Bahasa & Pustaka, KL.


Dunia teater menjadi dunia meransang idea kreatif aku berblog. Maka kali ni aku nak promo Teater Juta Juta yang bakal ditayangkan di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala LUmpur.Kalau muzik orang dengar yang jenis indie, ini pulak teater indie! Sapa nak p tengok! jom tengok butiran di bawah! Aku tak sabar nak p tengok teater jenis berirama satira ni nanti. Semestinya banyak isu semasa dibangkitkan dan dipertikai secara sinis dan kreatif.

JOm!


Tarikh: 21 hingga 25 September 2011

Tempat: Stor Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

Jam: 8.30 malam

Durasi Teater: 1 jam 15 minit

Pelakon: Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan.

Sinopsis Teater Juta Juta:

Teater ini mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni.

Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton?

bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Harga tiket: RM20 sahaja (sila hubungi Cik Ajune di 012 – 2789352)

Terbitan: MASK Team dengan kerjasama DBP
Promo
September 20, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!