Review Teater Juta Juta by MASK Team.

Semalam aku dengan penuh rasa jiwa-jiwa menghadirkan diri untuk menonton satu "gig" teater dekat Stor Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur dengan teater bertajuk Teater Juta Juta. Aku katakan ia sebagai "gig" sebab teater ni dari jenis indie atau yang bergerak sendiri tanpa berada di bawah naungan mana-mana syarikat produksi yang gah di Malaysia ni.

Sinopsis teater ni boleh tengok entry Preview Teater Juta Juta



Tajuk
Teater Juta Juta!
Tajuk ganas, plot pon panas dan mesejnya jelas!
Pelakon natural, tiada plastik, mahupun donat, yang penting versatile.

Plot

Memang pada mulanya sukar untuk aku paham akan plot teater ni. Nampak berterabur, tapi hakikatnya itu susunan asal. Aku bangga dengan kaedah diserabutkan plot, yang pasti pada pengakhiran persembahan, aku paham, di mana kedudukan plot yang sebenarnya.

Kiranya plot Teater Juta Juta kekal kreatif dengan gaya susunan sendiri. Yang penting ada peringkat Permulaan, Klimaks dan Pengakhiran



Skrip

Ada beberapa skrip yang ada dalam Teater Juta Juta ni, memang dah banyak kali digunakan dalam pementasan teater. Contohnya skrip berkaitan nama kursus yang panjang ketika pembelajaran di Universiti.

Tapi pada aku ini biasa, kreativiti pandai berkembang seiring dengan perkembangan perut manusia. Justeru itu kombinasi skrip yang diutarakan kekal segar dan mantap serta mudah difahami dengan sedikit ilmu sastera asas seperti yang diajarkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Pelakon

Kesemua pelakon mempunyai suara yang jelas, lantang dan penuh cermat.

Walaupun ada skrip mengutarakan perkataan yang kurang enak, tapi sebutan mereka menjadikan perkataan itu sangat enak untuk didengar. Mimik muka pulak sangat kena dan jiwa mereka ada dalam setiap perwatakan yang harus dibawa. Kiranya mereka ini memang kekal pelakon teater yang cukup ilmu untuk melakonkan watak dengan baik dan meletos!

Props
Kalau dah genrenya Indie, maka kosnya pon secukup rasa la kan. Tak perlu kita harapkan props sebesar kapal MISC untuk dijadikan props. Cukuplah props yang mampu memberikan bayangan kepada penonton tentang situasi yang berlaku ketika plot berjalan.

Bagi aku, ianya ok. Sebab aku mudah masuk dan mudah paham walaupun ada scene kat tasik yang tak nampak rupa tasiknya. Mustahil la pulak nak pam air buat tasik depan-depan tu kan?

Kritikan

Kritikan yang wujud dalam keseluruhan teater ni sangat membina. Maksud aku ia amat menampar muka sesiapa yang banyak buat teater syok sendiri, mementingkan komersial dan jugak mengenepikan pelakon teater yang setiap tahun direkrut tanpa henti.

Tidak cukup dengan itu, sistem yang ada juga dikritik hebat. Ianya aku anggapkan kalau ia ditonton orang besar, mungkin panas kepala jubur mereka. Tapi tak mengapa. Biar generasi yang ada ini memulakan gerakan transformasi indie sepertimana gerakan indie muzik kini menguasai Malaysia.

Kesimpulan
Teater Juta Juta memang lebih jutaaan nilainya. Hari ni hari terakhir persembahan mereka di Stor DBP Kuala Lumpur! Sila berkunjung ke sana untuk menonton!

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.