Tuesday, September 6, 2011

Memancing dan biodiversiti.

Memancing ialah sejenis aktiviti riadah yang menarik! Dengan memancing, pendisiplinan diri mampu kita amalkan iaitu mewujudkan sikap sabar. Ketika memancing ikan, umpan diletakkan pada kedudukan yang betul, dan proses menunggu ikan memakan umpan tadi membolehkan diri kekal tenang dan perjalanan darah di seluruh badan berada dalam keadaan baik.

Kepuasan yang didapati ialah apabila kita berjaya mendapat ikan hasil pancingan yang kita buat. Ia seolah-olah rasa kelegaan yang teramat sangat bila umpan dimakan dan kita berjaya mendapat hasil.

Dengan aktiviti memancing, kita juga boleh mengenali jenis ikan yang wujud dalam ekosistem di mana tempat kita memancing.

Sebagai contoh, bila kita memancing di Sungai Prai, maka kita akan dapat melihat hidupan yang ada di sekitar sungai tersebut. Bahkan, burung yang beterbangan dan tidak kurang juga buaya serta biawak yang berkeliaran di sana.

Dari sini kita dapat kenal, banyaknya jenis hidupan yang wujud dalam ekosistem yang kita lawati. Pelbagai jenis ikan yang wujud juga mampu menambahkan pengetahuan kita.

Inilah betapa kuat pertalian kita dengan alam sekitar. Dari sini juga kita dapat paham betapa kayanya biodiversiti yang wujud di negara kita.

Tak perlu pergi jauh, kadangkala yang paling dekat dengan kita itu lebih kaya dari apa yang ada di tempat lain. Tuhan dah ciptakan segala di muka bumi ni dalam bentuk yang sangat UNIK.

Tidak bermakna perbezaan itu tidak mampu menyatukan kita.
Sent from lAl's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sebarang komen amatlah dihargai.