Malu dengan Tuhan!

Kita akan sedih,
Kita akan gembira,
Kita akan bahagia,
Kita juga mungkin akan sengsara.

Sebab manusia spesis yang hebat! Segala bentuk kesusahan dan kesenangan ada saja manusia yang tetap dapat hidup. Malahan ada manusia yang dah putus anggota pon masih boleh hidup. Sebab manusia ada kekuatan yang dinamakan sebagai will power yang menjadikan manusia ada semangat untuk hidup.

Semangat untuk hidup dikurnia oleh Tuhan. Sebab apa? Tuhan tahu manusia memang mampu hidup walau apa jua keadaan. Manusia dah memang dijadikan sebagai khalifah. Pentadbir, pengurus dan juga penjaga alam dunia ni.

Secara kerap, selalu dan sentiasa, manusia bila senang akan mengalami sejenis rasa excited dalam diri yang menyebabkan sesi enjoy sepenuh hati dijalankan. Hinggakan manusia akan bersuka ria tanpa had. Malahan had kehidupan sedia ada pon manusia lupa apatah lagi had yang Tuhan kenakan, tetap dilanggar tanpa rasa bersalah.
Mati lambat lagi kot! - GAMBAR HIASAN

Tapi, bila dah cacat, bila dah hancur, dan bila dah tersentap nyawa sesaat, baru datang ingatan kepada Tuhan. Kalau masa senang tak pernah fikir mana arah kiblat, mungkin kini baru terkial-kial nak cari arah kiblat. Baru terkial-kial nak cari di mana letaknya sejadah dan di mana letaknya kitab.

Aku plak? Jadi malu dengan Tuhan. Malu sebab dah susah baru nak cari Dia. Dah susah baru nak menghadap Dia ikut masa yang ditetapkan. Baru la lidah nak hamburkan kata-kata zikir.

Tapi, Tuhan tak pernah berkira.Bila hang mintak kat dia, maka dia bagi. Bila kita cuba dekat dengan Dia, maka Dia akan dekat padamu. Cuma senang tidak pernah dikongsi dengan kata syukur pada Dia.

Jadi?? Di mana kedudukan anda? Masih tak reti nak malu dengan Tuhan? Tolong jangan jadi BODOH!

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.