Jangan ROGOL kemerdekaan ini!

Hari Merdeka dan Malaysia disambut meriah pada 16 September 2011 di seluruh pelusuk Malaysia. Maka Malaysia kini sudah 54 tahun merdeka.

Bila kata tenang merdeka, kita akan sebut perkataan bebas. Bila kata tentang bebas, kita mula bertindak bagus dengan bertindak sesuka hati kita dengan alasan negara yang bebas.Kebebasan yang bagaimana kita mahukan? Adakah dengan kebebasan ini menghalalkan kita untuk membuat apa sahaja tanpa mempertimbangkan tentang orang lain di sekeliling kita?

Beginilah kata aku. Tak perlu kita ROGOL kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni!

Anggapkan saja Malaysia sebagai seorang manusia yang mula menempa nama di mata dunia. Kiranya dengan terbuka mata dunia dengan melihat manusia yang sangat cantik, banyak sumber bukit-bukau, tanah lembah yang subur dengan hutan yang tidak dicantas lagi ini menjadikan Malaysia umpama DARA yang sangatlah diidami buaya di dunia luar.

Bila tiba era globalisasi, Malaysia berusaha untuk memperkembangkan diri. Hutan yang ada dicantas agar boleh disolek dengan bahan kosmetik bernilai tinggi. Bukit-bukau dan gunung-ganang yang mencanak di dadanya mula diraba dengan rakus, untuk menambah nilai ekonomi pada diri Malaysia.


Kini Malaysia tampak seiras dengan individu lain yang berada pada kelas tersendiri setanding dengan individu yang sudah hebat di mata dunia. Cuma Malaysia mempunyai sejenis ancaman di mana rakyat yang berada di dalamnya mula merobek segala jenis maruah yang ada pada dirinya. Memang Malaysia sangat terbuka sifatnya. Tapi, keterbukaan ini bukanlah bermakna mereka boleh membogelkan Malaysia hingga tampak kemaluannya. Kan?

Andai kemaluan Malaysia sudah mula didedahkan kepada umum, mungkin harganya melambung naik! Tapi lama mana? Mungkin sekejap sahaja kerana dara yang ada pada Malaysia boleh dirobek bila-bila masa saja. Maka dia akan mula dilacur dan dinikmati orang luar.

Sayangi negara kita umpama sayangnya kita akan kehormatan wanita sekeliling kita.

Andai kaedah sayang anda ialah dengan merogol wanita di sekeliling anda, lupakanlah Malaysia, sila berpindah ke negara lain! :P

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.