Hati lelaki sukar dijaga?


Lelaki ialah makhluk Tuhan paling seksi. Kalau tiada lelaki, maka tiadalah wanita.

Banyak orang kata, hati wanita umpama kristal. Kena jaga betul-betul agar sentiasa mekar, gemerlap dan tidak hancur.

Tapi sebenarnya lelaki ialah makhluk yang hebat! Biar wujud kehancuran di hatinya, lelaki biasa akan berusaha kekalkan ketenangan dalam penampilannya. Mungkin itu dianggap sebagai ego lelaki. Tetapi itu adalah lumrah seorang lelaki. Lelaki yang hebat akan sentiasa cool walau apa jua perkara yang terjadi pada dirinya.

Mungkin bagi sesetengah perempuan agak sukar rasanya untuk memahami lelaki. Tetapi lelaki ialah insan yang sangat fleksibel sifatnya. Lelaki mudah untuk cuba memahami situasi dan jarang mencampur adukkan unsur emosi dalam membuat keputusan. Namun demikian, unsur ego dengan keputusan yang dibuat lelaki selalu mengganggu perasaan orang lain.
Baru lepas Terawih & Papamericano! - GAMBAR HIASAN

Susah sangat ka nak jaga hati lelaki? Tak susah sebenarnya.

Kalau anda seorang wanita, jagalah hati lelaki dengan kurang emosi.
Kalau anda lelaki, yang mungkin terasa susah nak jaga hati ayah anda, anda cuba letakkan lebih perhatian kepada beliau.

Lelaki kalau muda umurnya, pada kebanyakan situasi amat sukakan dirinya tampak dihargai.
Lelaki kalau agak berumur orangnya, dia perlukan lebih perhatian.

Gunakanlah apa sahaja kaedah yang anda ada untuk memenangi hati lelaki. Mereka tetap akan memimpin anda dengan baik. Berusaha dan berdoa selalu. Ikhlaskan hati dan buatlah dengan tenang. Lebih tenang anda berusaha, lebih berkesan anda untuk memenangi hati mereka.
Diriku
September 15, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Hebat!