Di mana bermulanya 1 Malaysia? @najibrazak

Aku sentiasa berfikir, di mana proses cetusan idea untuk Perdana Menteri kita memulakan agenda 1 Malaysia. Sejak bermula YAB PM kita memulakan tugas, beliau telah mengemukakan idea 1 Malaysia untuk proses menyatupadukan rakyat Malaysia selaras dengan semangat bangsa Malaysia.

Konsep ini adalah sejajar dengan konsep wawasan 2020 yang pernah dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir semasa Malaysia di bawah pemerintahannya suatu masa dahulu. Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan bangsa Malaysia.
Gambar HIASAN.

Di mana ia bermula?
Aku rasa, idea ini dicetus tatkala Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2008 yang lalu. Kalaupun ianya sudah dicetuskan oleh staff di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, tapi aku rasa konsep ini dikuatkan lagi selepas sedarnya ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang bermesyuarat pada  sesi tersebut.

Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang mengumpulkan wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari IPTA dan IPTS kebangsaan untuk membincangkan isu negara dan juga isu pemuda pemudi seluruh Malaysia berlandaskan pemikiran yang diusahakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Pada MPPK 2008 yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya, wakil Universiti Malaysia Sabah membincangkan hal perpaduan di kalangan pelajar IPT.

Semasa sesi soal jawab, satu persoalan ditanya kepada Pengerusi, berkaitan Pelan Transformasi Pendidikan Tinggi, kenapa tiada isu perpaduan ditekankan sebagai elemen paling penting dalam transformasi pendidikan tinggi negara?

Namun ia dijawab dengan nada yang cukup mudah. Ia akan diamalkan dalam Kerangka Pelan Strategik tersebut.

Bagi aku lepas majlis ni, baru la pihak Kementerian Pegajian Tinggi menggunakan idea ni untuk negara.

Mungkin...
1Malaysia
September 22, 2011
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…