Wednesday, September 21, 2011

Celcom The Cube di The Red Carpet Avenue Kota Damansara.


Baru-baru ni, malam Hari Malaysia bertempat di Kota Damansara, Encorp Berhad telah melancarkan The Red Carpet Avenue di Kota Damansara. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato'Hj Muhyidin Hj. Mohd Yasin. Biarpun hujan gerimis mengiringi majlis perasmian ini, namun semangat dan perjalanan majlis tetap lancar dan meriah.

Apa itu The Red Carpet Avenue?
Red Carpet Avenue ialah sebuah kompleks tertutup yang sesuai untuk kegunaan majlis korporrat, majlis pelancaran dan juga apa-apa jenis majlis lain. Selain menjadi kawasan tertutup yang terpanjang yang pernah dibina di sekitar Lembah Klang, The Red Carpet Avenue ini juga dibina sebagai kawasan yang sentiasa bersedia untuk apa saja jenis majlis yang ingin diadakan. Teater, konsert, pelancaran album, latihan lakonan, malah, ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem. Dengan laluan tertutup dan pengudaraan yang boleh dikawal, Red Carpet Avenue juga menyediakan kedai makanan dan minuman yang
memberikan kita sejenis pengalaman baru yang tidak pernah dibayangkan kewujudan seumpamanya di Malaysia.

Berikut ialah gambar sekitar majlis pelancaran:
VIP yang hadir, CEO Celcom.

Hujan ketika ucapan perasmian oleh TPM.
Inilah rupa bentuk The Red Caroet Avenue. Luas dan meyakinkan!

Semasa majlis berlangsung, penonton disajikan dengan Video Mapping Projection merupakan antara yang pertama seumpamanya di Malaysia. Proses ini merupakan proses tayangan video ke dinding menggunakan Projector yang memberikan pengalaman luar biasa kepada penonton seolah-olah 3D pon ada jugak. Berikut aku dah kumpulkan beberapa keping gambar yang aku jadikan hasil Video Mapping Projection sempena Encorp Carnivalle baru-baru ni.

Mana yang sempat aku snap la ya. :D

The Cube oleh Celcom!
Sepanjang perjalanan ke Majlis Perasmian ini tempoh hari, agak pelik dengan kewujudan banner The Cube yang mengatakan hanya dail *888# untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Semasa pelancaran berlangsung, aku membayangkan The Cube ialah sejenis program baru untuk menggalakkan pengguna Celcom menghargai muzik dan kesenian.

Buat gaya camni ingat bleh dapat BB, rupanya BE BE ja...
Mungkin Buffered Earning banyak-banyak kot?

Rupanya segalanya SALAH!

Ketuk-ketuk keluar anak Cube dalam ni.. Tanya kat dia baru tau.

The Cube ialah portal ekslusif untuk pengguna Celcom yang memberikan peluang kepada pengguna Celcom menikmati pengalaman muzik dan hiburan hits tanpa had.


Malahan kebanyakan bahan yang disediakan melalui The Cube ini menjadikan dunia hiburan lebih menarik & bermakna kepada kita kerana ia diintegrasikan dengan laman sosial lain seperti Facebook, Twitter, Kolony malah, dengan penyedia email percuma tekemuka dunia seperti Google dan juga Yahoo.


The Cube ada 4 elemen yang penting untuk anda tahu dan bergantung kepada tahap ketagihan anda.
1.Musicube
2.Playcube
3.Funcube
4.Frencube

Sempoi?

Layari http://www.thecube.my untuk melihat sendiri dan mengalami kehebatannya.


Bouncer KakInaKL.com tolong jampi untuk BB Torch baru! :D

**Pesanan ini adalah untuk menambahkan peluang memenangi Blackberry Torch 9860 oleh Celcom!

Sebarang komen amatlah dihargai.