Tuesday, September 20, 2011

Bila cikgu dah gila KPI!


Berita semalam sangat tak boleh blah! Bila ada cikgu kat Sarawak yang mengahalang muridnya untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dengan alasan mereka ini terlalu lemah dalam pelajaran! Malahan, semasa peperiksaan berlangsung, 3 pelajar yang dikatakan lemah dalam pelajaran ini dikurung dalam satu bilik darjah khas malah dilarang untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Bagi aku, situasi ni kejam dan tidak bertamadun.

Sebagai cikgu hang patut paham peperiksaan ni penting! UPSR pulak tu. Dan aku juga faham akan keadaan seorang cikgu yang sukar untuk mengajar anak murid yang tak semuanya bijak. Malah kalau yang perlahan sikit kelajuan untuk menangkap ilmu yang diajar, ia menjadikan tugas cikgu ni lebih sukar dan memberikan tekanan.
Gambar Hiasan.

Aku juga faham, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran menggalakkan cikgu untuk meningkat prestasi mereka dengan menawarkan bonus khas kepad cikgu sekolah yang berjaya menghasilkan pelajar dengan keputusan yang cemerlang! Dan kehidupan seorang cikgu pulak sangat sukar, mencabar malah mengganggu nilai kemanusiaan pada sesetengah keadaan. Ini belum masuk isu berkaitan masalah kewangan peribadi lagi.

Tapi, aku harap hak seorang pelajar bukanlah untuk ditidakkan. Tapi harus diusahakan untuk memastikan mereka menlalui proses yang dinamakan peperiksaan untuk mereka dinilai secara sama rata dengan format yang sama.

Bukan niat untuk merendahkan institusi pendidikan malah cikgu aku semua aku sayang. Seseorang jadi cikgu sebab dia dah mendapat restu Tuhan. Bab KPI, rezeki dan keputusan pelajar, segalanya sudah ditentukan Tuhan berasaskan usaha kita dan kemampuan kita. Insyaallah.

**ngeri nak jadi cikgu. :D

Sebarang komen amatlah dihargai.