Anak merdeka dan anak Malaysia.


Bila sampai sambutan Hari Malaysia pada 16 September, maka timbul isu kenapa nak sambut hari Malaysia & juga Hari Merdeka? Beza sangat ka? Ya! Sememangnya agak berbeza. Hari Merdeka menunjukkan kedudukan negara kita yang telah bebas dari penjajahan luar yang memberi hak kepada rakyat Malaya (pada ketika itu) untuk mentadbir, mengurus dan memerintah negara sendiri. Hari Malaysia pula ialah hari di mana persekutuan Malaysia yang menyatukan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura (pada ketika itu) di bawah pentadbiran yang sama.

Mungkin di kalangan warga Sabah & Sarawak terasa sedikit tersinggung atau terasa hati bila kita sibuk-sibuk nak sambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Kata mereka "kami merdeka 16 September". Mungkin itu kata mereka.

Cuma bagi aku, sejarah kewujudan Malaysia sangatlah unik. Kita merdeka dahulu, dan kemudian membantu negeri yang masih di bawah takluk British untuk turut merdeka dan hidup bersama dalam sebuah negara yang sama. Lantas menjadikan negara kita sebuah negara paling unik di dunia bila mempunyai sejumlah kaum yang datang dari pelbagai jenis bahasa, keturunan dan juga warna kulit.

Sebagai warganegara Malaysia, kebanggaan menjadi anak Malaysia yang merdeka harus wujud dengan rasa cinta yang mendalam kepada negara.

Kita harus paham, sesebuah negara itu jadi maju bila rakyatnya berusaha keras untuk majukan diri. Sesebuah negara dihormati bila rakyatnya tahu jaga kehormatan diri. Sesebuah negara akan jadi bijak bila ramai rakyatnya bijak. Ini kerana elemen paling penting untuk sesebuah negara ialah rakyatnya!

Sebagai anak Malaysia yang merdeka, aku bangga aku hidup dalam negara yang bebas. Aku bebas nak buat apa aku suka. Aku bebas untuk menulis. Aku bebas untuk berkawan, aku bebas untuk makan, aku bebas untuk segalanya. Tapi aku tahu di mana batas bebas dan merdeka yang ada. Malahan, kebebasan yang ada ni bukanlah menjadikan aku sesuka hati nak maki hamun orang. Kebebasan yang ada ni tak la sampai aku boleh berbogel untuk ke mana-mana. BUkankah itu memalukan negara aku?

Sebab aku adalah salah satu elemen dalam negara.

Bagaimana anda? Suka untuk memaki hamun dan berbogel merata? Mahukan anda dikenali sebagai rakyat negara yang paling suka berbogel dan meliwat merata-rata?

Tepuk dada, rasakan licinnya dada anda. Kalau licin la.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.