Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tweet?

Begitulah pepatah Melayu begitu indah dan sini sekali. Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Binasalah Badan. Cuma dalam dunia moden ni, sebarang status melalui laman sosial menjadi isu penting kerana ia sangat berkesan dan menjadi BUKTI paling kuat kerana mempunyai jumlah saksi yang sangat ramai.

Mungkin sebab itu, suka untuk aku katakan, terlajak tweet sama macam terlajak kencing. Sekali terlajak ja, maka memang takkan mampu diundur atau undo balik.

Kes tweet dari hidayah17 iaitu isteri kepada kapten pasukan bolasepak Singapura yang mengatakan pemain bolasepak Malaysia bermain macam monyet kini menjadi isu hangat! Memang bangang bunyiknya bila kita bergaduh pasal Twitter. Tapi, ni dah tahap menghina pejuang negara aku, mula aku pon hangin.
Hang ada rakyat boleh buat bicycle kick double camni?

Mungkin dengan kaedah permainan lembik mereka itu yang dibangga sangat si hidayah17 nih. Yang penting, tendangan basikal yang cuba dibuat Safee Sali dan Amirul Hadi dalam perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapura tempoh hari menunjukkan usaha ANAK TEMPATAN untuk menggunakan skill bertaraf dunia tanpa perlu import pemain untuk berjuang atas nama negara aku.

Lagi satu, mungkin jugak hidayah17 nih nak perhatian orang Malaysia untuk meraikan kejayaan Singapura ke peringkat seterusnya dalam sesi kelayakan Piala Dunia 2014. Hahaha.. Abaikan dia. Layankan tweet rakyat Malaysia lagi bagus. Sekurang-kurangnya kita mampu berusaha dengan kudrat rakyat sendiri.





Emosi
August 3, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!