Thursday, August 4, 2011

Tekanan di tempat kerja.

Kehidupan seorang Boss memang senang. Bagi arahan dan bagi satu tempoh masa. Suka hati dia memandangkan dia tu Boss hang tu kuli ja. Maka kita kena paham situasi kita di mana saja kita berada. Cuma bila kita dapat Boss yang perut dia ada unsur berwarna hijau dalam perut di samping serakah yang besar menjadikan tahap kesabaran kita sedikit tercabar.

Bagi aku, tekanan demi tekanan dari pihak Boss memang lumrah. Kadang-kadang terfikir jugak, ini macam kaedah haluuusss untuk menjadi penyebab pihak kita akan meletak jawatan. Sebab kalau dalam akta berkaitan pekerja, pihak majikan sememangnya tidak boleh membuang staff tanpa sebab yang munasabah melainkan dengan mengenakan tekanan demi tekanan ke atas staff hinggakan staff itu dengan sendirinya meletak jawatan. Inilah kaedah bijak pihak majikan untuk memanipulasikan staff dan kaedah terbaik membuang staff.
Mungkin sebab tu ramai pilih jadi mat rempit dari jadi kuli
batak. Hidup bebas dari segalanya - GAMBAR HIASAN

Biasanya, tekanan akan bermula dengan boss besar. Bila boss besar tak pandai nak bawak diri dan menguruskan isu dari awal, ia akan merebak ke boss kecik. Si boss kecik ni biasanya akan berlagak besar. Selalu jual nama boss besar untuk memastikan si kuli batak bawahan dia buat kerja dengan baik. Sebagai kuli batak yang bijak dan pandai, kita seharusnya bijak menguruskan boss yang tak pandai nak sabar.

Bila boss besar masuk ke pejabat, secara automatik serakah si boss kecik nak tunjuk hebat meningkat. Maka dilampiaskan serakah tersebut kepada kuli batak bawahannya untuk melakukan kerja dengan pantas, tuntas dan cemerlang. Walhal, kerja tersebut bukanlah di bidang kuasa kuli batak.

Aku selalu kesian dengan si kuli batak. Sudahlah work load dia banyak. Gaji pulak tidak setimpal dengan tanggungjawab dan beban kerja yang diberikan. Berbanding mereka-mereka yang agak besar di ruang yang sama yang hanya sibuk mengangkang dan menggoyangkan bahagian badan yang boleh bergoyang sambil bergelak ketawa memberikan arahan selanjutnya kepada si kuli.

Malangnya beliau!

Sebarang komen amatlah dihargai.