TAK ALIM bukan bermakna TAK PAYAH SOLAT!

Sesi pencarian malam Lailatul Qadar kian meningkat tatkala malam ke 21 bermula. Maka ramailah orang beriman yang berusaha untuk mendapatkan BONUS PAHALA dan KEBAIKAN yang bernilai 1000bulan. Aku amat berbangga dengan umat Islam yang sudi memeriahkan malam-malam Ramadhan dengan aktiviti rohani berbanding umat Islam yang tidak memperbanyakkan amalan tatkala Ramadhan ni.

Ini sempena BONUS PAHALA tengah berlaku itu pun manusia sering lupa untuk memperbanyakkan pelaburan pahala untuk dilipatgandakan.

Tapi, ada satu statement dari satu hamba Allah yang berprofail tinggi di kalangan manusia duniawi, katanya "sorry, I ni tak la alim sangat, tapi I hormat la member yang nak solat". Ini statement berani mati dari manusia berprofail tinggi.
Dia berprofail tingi, tapi tetap solat walau
di mana beliau berada - GAMBAR HIASAN

Ada juga orang yang datang dari kedudukan orang kebanyakan yang turut jadi hamba Allah mengatakan ayat yang lebih kurang begini "Aku ni tak la alim sangat, aku rasa hang pi solat dulu la. Nanti aku dapat hidayah aku solat la!".

Apa maksud Alim??? Kalau ikut Kamus Dewan Online, Alim bermaksud mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud dan takwa

Adakah tidak alim bermakna tak payah solat?

Kalau dah nama Islam, maka solat ialah kaedah pengenalan diri yang menunjukkan anda Islam. Selepas mengucap 2 kalimah syahadah, solat ialah perkara kedua yang WAJIB ditunaikan setiap hari pada 5 waktu yang ditetapkan.

Alim ialah kelebihan dari segi pengetahuan dalam Islam. Ini bermaksud individu tu ada lebih pengetahuan dalam agama Islam yang membolehkan beliau digelar alim. Biarpun ramai yang suka berlagak alim, itu masalah lain. Sebabnya sesiapa pun yang Islam, perkara pertama yang diajar ialah untuk solat dan bacaan dalam solat.

Maka, TAK PERLU anda katakan anda tak alim maka anda tak payah / perlu untuk solat. Hidayah atau petunjuk Allah takkan datang kalau kita tak berusaha. Macam jugak kentut, angin tu takkan terlepas keluar kalau kita tak mengusahakannya.

**Pesanan untuk diri dan juga pembaca.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.