Senangnya sebut perkataan SABAR!

Di kala bulan Ramadhan yang mulia ni, bermacam dugaan, cabaran sepanjang perjalanan ibadat puasa ni. Tiada sesiapa pun terkecuali dari menerima dugaan untuk menempuh ibadat yang penuh dengan jutaan hikmah dan pahala. Akan tetapi, salah satu perkataan atak keyword yang paling banyak orang sebut di kala bulan Ramadhan ni ialah perkataan SABAR.

GAMBAR HIASAN
SABAR ialah salah satu perbuatan yang menjadi sebahagian daripada iman untuk umat Islam. Dengan SABAR, ianya mampu meningkatkan keimanan dan kepercayaan kita kepada kuasa Tuhan yang menjadikan kita dengan penuh keunikan dan kekuasaan.

Tapi, bila manusia ditimpa musibah, masalah, confuse dan pening kepala, manusia akan mula mengeluh. Mungkin juga manusia akan mula mendekatkan diri kepada Tuhan mereka. Dan banyak juga manusia yang lebih suka duduk saja menganga menantikan bantuan dari langit tanpa berusaha untuk memikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dengan kecanggihan teknologi sosial kini, manusia juga lebih terdorong untuk melepaskan geram, melepaskan perkataan yang berbaur keji dan hina untuk mengurangkan bebanan perasaan yang berkuasa di hati mereka. Maka dengan itu wujudlah status di laman sosial yang bersifat rayuan, tangisan dan leteran. Dan komen terbanyak yang bakal kita dapat ialah perkataan SABAR.

Begitu jugak dengan orang yang ditimpa musibah. Kebanyakan kita hanya mampu sebut perkataan SABAR semata-mata. Mudah sekali kaedah menunjukkan rasa simpati. Tetapi kini perkataan itu boleh dipatahkan dengan kata-kata berikut:
"musibah ni tak kena kat hang! Kalau kena, baru hang tau nak SABAR atau dak!"
Nasib baik Tuhan tak jadikan perkataan SABAR ni memerlukan bayaran atas setiap kali semburan perkataan SABAR dilontarkan. Bayangkan kalau 1 perkataan SABAR perlu dibayar dengan harga RM1000? Rasanya manusia akan berfkir dengan lebih mendalam sebelum sebut perkataan SABAR. Kan?

Bagi aku, sekurang-kurangnya berilah JALAN PENYELESAIAN ataupun setidaknya buatlah sejenis tindakan lain selain menyebut perkataan SABAR ni kepad orang yang ditimpa musibah. Paling tidak, ia akan mencetuskan idea untuk si manusia bermasalah atau bermusibah tadi untuk mencari jalan penyelesaian.
Bencana
August 10, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!