Tuesday, August 16, 2011

Salahkah artis nak INSAF??

Sejak kebelakangan ni banyak liputan media hiburan tanah air yang memberitakan tentang keinsafan artis yang kini lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Atau lebih menarik ayatnya dikatakan artis kembali insaf. Nak kata sapa yang mula pun tak boleh nak kata, tapi boleh dikatakan ramai yang sudah insaf dan kini mengikuti jalan yang baik selaras dengan tuntutan agama anutan mereka.

Bagi artis di Malaysia, sudah tentu kebanyakan mereka Melayu dan Islam. Maka proses kembali kepada jalan Allah itu satu proses yang baik.

Tapi salahkah artis yang insaf ni kita berikan liputan meluas ke atas tindakan mereka meninggalkan dunia hiburan dan kini mereka giat menjalankan kerja-kerja dakwah? Bagi aku tak salah. Contoh yang baik ialah Ustaz Aklyll Hayy yang dulu dikenali sebagai antara rockers yang mantap di Malaysia dan kini mendapat liputan meluas media Malaysia terutama menerusi Astro Oasis untuk membantu beliau menjalankan kerja dakwah.

Terbaru ialah Irma Hasmie & kumpulan Ruffedge yang kini dah mula aktif menjalankan kerja dakwah.

Biarlah media bagi perhatian lebih sikit kepada artis yang kembali ke jalan Allah nih. Kebanyakan mereka memang dah banyak bagi kesan dan mempengaruhi pemikiran kita. Dengan cara keinsafan sebegini, sekurang-kurangnya bolehlah dakwah orang yang belum insaf atau teringat nak insaf.

Kan??

Sebarang komen amatlah dihargai.