Mesej Raya, SMS Raya, E Kad Raya dan Kad Raya Tradisional: Mana lebih bernilai?

Mana lebih bernilai?

Ini persoalan aku ke atas pelbagai jenis tanda ingatan yang diberikan sempena lebaran yang bakal tiba.

Bagi manusia normal, menghantar ucapan sebagai tanda ingatan dalam bentuk analog mahupun digital. Mungkin pada awal 1990-an dulu kita rajin membeli dan menghantar kad raya kepada sahabat handai dan rakan yang berada jauh di perantauan.

Apabila ledakan telefon bimbit bermula, berlaku pula ledakan SMS hari raya, dan bermacam jenis pantun dan imej kreatif yang dihasilkan menggunakan SMS sahaja. Kemudian berlaku pulak perkembangan teknologi kepada MMS Raya dan juga e-kad raya yang kian menular.

Sejajar dengan kewujudan Facebook sebagai medan bersosial paling berpengaruh di planet bumi ni, maka sesi tag gambar di Facebook menggunakan gambar yang direkabentuk sendiri mula popular.
Ini Ekad raya pertama aku dapat tahun ni.

Bagi aku kesemua jenis ucapan ini bernilai kerana menunjukkan mereka ingat pada aku walaupun jauh di mata. Namun diri aku tetap wujud dekat di hati mereka.

Mana LEBIH bernilai??
Sudah tentu yang paling banyak melibatkan SENTUHAN TANGAN. Iaitu kad raya tradisional yang menggunakan perkhidmatan setem dan pos. Biarpun kosnya mungkin lebih tinggi, tapi nilai peribadi yang wujud mungkin lebih memberi makna berbanding pesanan berteknologi tinggi yang lain.

Tapi masih tak salah untuk mewujudkan tandan ingatan kerana itu pun sudah bernilai untuk aku.
aidilfitri
August 27, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!