Manipulasi Graduan.

Kebanjiran graduan di Malaysia masih di tahap yang agak membimbangkan. Kenapa agak membimbangkan? Sebabnya masih ramai graduan yang belum berjaya mendapatkan pekerjaan yang dibayar setimpal dengan kelayakan yang ada. Malahan kesanggupan graduan untuk bekerja hinggakan ada graduan ijazah sarjana yang sanggup bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk memenuhi masa sementara memenuhi masa terluang mencari pekerjaan yang berseuaian.
Heliza Helmi merupakan salah seorang graduan UMS
- GAMBAR HIASAN

Tatkala kebanjiran graduan, maka kini sang majikan mula menjalankan modus operandi mereka untuk merekrut pekerja dengan lebih gigih. Dengan menggunakan kesempatan yang ada, jawatan dijenamakan semula dengan nama yang sangat indah dan tampak tinggi nilainya. Contohnya jawatan management trainee seringkali digunapakai dengan sewenang-wenangnya walhal, digunakan untuk memperdayakan graduan dengan nama jawatan yang mantap.

Selain tu, kadangkala iklan jawatan kosong digunakan dengan menggunakan terma "fresh graduate are preferred" dan yang seayat dengannya. Sila berhati-hati dengan kaedah manipulasi dari pihak majikan. Jika tidak, anda tertipu, dan kerja dengan penuh sakit jiwa.

Kalau bab gaji, sebagai graduan yang agak fresh semestinya anda TIADA PENGALAMAN BEKERJA. Juteru itu, pastikan anda bekerja dan timba pengalaman secukupnya untuk membolehkan anda berjaya memenuhi kerjaya pilihan hati anda. Cuma anda perlu bijak menggunakan ayat keramat, ayat yang sedap dan susunan baris ayat yang lengkap dengan keyakinan diri mampu memberikan bayaran yang lumayan. Yang penting, anda bijak menguruskan perihal diri dengan bijak.

Jadilah graduan yang bijak kerana bukan semua orang yang bergraduan ni mampu berfikir panjang dan jauh.


Kredit : FB Heliza
Emosi
August 4, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!