Majlis Berbuka di KFC.

Majlis ini merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan di  restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Kota Kinabalu. Jarang kita dengar diadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai di KFC ni. Tapi ini sudah terlipat dalam memori aku. Semua jemputan sama-sama bersiap, sama-sama berarak ke perhentian bas, sama-sama menaiki bas mini untuk ke majlis berbuka di KFC ni.

Memang meriah majlis ni. Sebab masing-masing diberikan sekurang-kurangnya satu set Snack Plate KFC dan ada beberapa yang datang dari spesis yang mempunyai selerah lebih yang mendapat satu set Dinner Plate KFC. Meriah habis, sambil makan, sambil bergelak ketawa, menceritakan isu semasa dan juga tentang perancangan masa hadapan.

Aku katakan program ini dengan istilah "majlis" adalah kerana program ini telah dihadiri oleh jemputan melebihi 10 orang. Kira ramai la jugak. Kecoh jugak KFC dengan ayam botox yang dihidangkan kepada kami.

Itu semua berlaku pada Ramadhan tahun 2008M dulu. Tiba-tiba teringat muka sekor-sekor yang semangat berbuka kat luar.. :D

Sebelah depan ni bergambar, yang belakang tengah bincang hal masa depan.

Diriku
August 7, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!