Kenapa orang MURTAD?

**AWAS! Entry ini memerlukan keterbukaan minda yang cukup luas. Sebarang info bertanda MERAH tidak patut diamalkan sepanjang hidup anda!


Pengertian
Batu menjadi kuat bila mereka terikat antara satu sama
lain, begitu juga umat Islam. - GAMBAR HIASAN
Murtad ada 2 jenis. Jenis yang pertama ialah Murtad I'tiqad yakni murtad kepercayaan, jenis kedua ialah Murtad Qawli iaitu perkataan dan ketiga ialah Murtad fi'li iaitu murtad perbuatan.

Murtad merupakan perbuatan PALING BERAT dalam segala jenis dosa yang pernah dibuat oleh spesis manusia di muka bumi ni. Murtad bererti kufur atau keluar dari landasan agama Islam serta membebaskan diri daripada Islam. Justeru itu segala bentuk kepercayaan, perbuatan mahupun perkataan yang menghasilkan murtad adalah satu DOSA BESAR yang wajib untuk bertaubat sepenuh jiwa untuk kembali ke jalan Allah.

Kenapa Murtad?
Jawapan tipikal atau jawapan biasa dari ustaz serta umat Islam lain ialah:

  • kurang keimanan kepada Allah.
  • kurang percaya kepada Allah.
  • kurang ilmu berkaitan agama Islam.
Itu jawapan tipikal ok! Tapi kenapa jawapan yang diberikan tu masih tidak mampu menjawab dengan penuh berkesan ke atas orang yang dah MULA TERPESONG dari jalan Allah?

Ini jawapan aku. Kenapa orang murtad? Berasaskan isu semasa, pembacaan umum, hasil pelajaran asas agama serta hasil sembang kopi sambil merokok dengan orang lain.

Kebanyakan orang murtad ialah akibat perkara berikut:
  1. Bila mereka mengalami masalah, mereka berusaha untuk berdoa ke jalan Allah. Namun demikian, TIADA SOKONGAN MORAL dari orang sekeliling untuk mengekalkan momentum positif yang wujud tatkala memanjatkan doa kepada Allah.

    Seperti yang kita faham doa orang yang pernah melakukan dosa agak mengambil masa untuk dimakbulkan dek kerana dosa lampau mereka. Bila datang "orang lain" yang memakbulkan doa mereka tatkala masalah besar berlaku. Kebanyakan masalah ini ialah akibat miskin harta iaitu kekurangan dana untuk hidup.
  2. Sebab kedua ialah, kebanyakan mereka ini bukanlah seorang yang kurang ilmu agama. Berlimpah ilmu agama mereka. Malah ada yang dah jadi ustazah pun boleh murtad. Kebanyakan kes ini bermula dengan memulakan dengan perbuatan mempersoalkan sesuatu yang sememangnya bersifat hakiki. Mereka ini selalu bertanya soalan yang mungkin logik untuk ditanya tapi sebenarnya perkara itu dah sememangnya diciptakan secara hakiki seiring dengan kehidupan manusia.

    Salah satu contoh persoalan ialah "Kenapa babi & anjing haram?" Ia mungkin jugak sama kalau kita tanya "Kenapa aku diciptakan sebagai lelaki?"

    Semua itu sudah hakiki sifatnya. Kita sedar-sedar pun dah memang macam tu kejadiannya. Malah diperkuatkan dengan kitab yang diturunkan melalui Nabi dan Rasul untuk memberikan penerangan menyeluruh.

Ini adalah 2 perkara utama kenapa orang jadi murtad. Di mana ia bermula? Dan umat Islam yang ramai pun tiada yang menyokong umat Islam lain.

1 comment:

Sebarang komen amatlah dihargai.