Tuesday, August 2, 2011

Hang senang, aku pon senang.

Ini statement yang biasa kita dengar bila urusniaga berkaitan penjualan maruah dan amanah yang diberikan kepada kita kepada manusia lain yang memerlukan khidmat dari maruah dan reputasi yang kita ada. Biasa berlaku di kawasan "lombong emas" yang kaya dengan sumber mineral bernilai tinggi.

Untuk menjadi senang, memang senang. Cuma halal haramnya saja yang kita perlu ambil kisah. Lainlah kalau hidup kita ni memang sentiasa mengamalkan perkara haram, maka duit itu datang dari sumber mana pun tak payah nak kisah sangat la.
Senang hati dapat boyfriend sweet camni.

Kisah menyenangkan orang lain ni bukan sikit. Tapi banyak. Cuma kesan jangka panjangnya banyak memberikan mudarat kepada manusia lain. Sebagai contoh, dalam hal projek perumahan. Untuk memastikan rumah itu selamat untuk didiami, pihak pemaju seharusnya mendapatkan sijil layak menduduki atau Occupational Certificate OC. Untuk memudahkan kerja, mereka menggunakan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak yang mengeluarkan sijil tadi untuk mempercepatkan proses ini lantas mempercepatkan proses penjualan rumah.

Pada kebanyakan masa, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil sebegini mendapat bayaran gaji sekadar cukup makan. Maka, untuk menambahkan pendapatan, proses menyenangkan diri akan berlaku. Di masa depan, andai berlaku bencana ke atas projek perumahan yang pada asalnya tidak lulus tadi, semuanya berpunca dari proses kesenangan yang aku gambarkan tadi.

Mana lagi best??

Sebarang komen amatlah dihargai.