Bila Ramadhan dan Fizik BERGABUNG.

Bagi pelajar Sains, Fizik merupakan subjek utama dalam pembelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Justeru itu, bila bercakap pasal Fizik, adakah boleh Fizik berkait dengan bulan Ramadhan?


Bulan Ramadhan diturunkan dengan seribu manfaat dan segala kebaikan dan curahan pahala berlipat kali ganda untuk manusia yang melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan istiqamah.


Dalam ilmu Fizik, kita diajar dalam bab gelombang berkaitan interferens membina dan juga interferens memusnah. Maka satu teori yang hingga kini diamalkan dalam dunia kajian dan industri yang menggunakan konsep ini mengatakan bahawa Konsep interferens memusnah menyebutkan, untuk setiap gelombang membina yang bertemu gelombang memusnah pada satah yang sama, ia akan terhapus.


Bagaimana teori ini boleh bergabung dengan bulan Ramadhan?? Lihat hadis Nabi Muhammad SAW :



روى التِّرْمِذِيُّ : عنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَة، وأَبِي عَبْدِ الرَّحْمنِ مُعَاِذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَن رَسُولِ اللهِ صلّى الله عليهِ وسلَّم قالَ : (( اتَّقِ اللهَ حَيثُمَا كُنْتَ، وأَتْبِعِ السَّيّئةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وخالقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ))
‘Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan menghapuskannya, dan berakhlaqlah sesama manusia dengan akhlaq yang baik.’

Maka dengan itu, kita mampu menyucikan DOSA KECIL kita yang mungkin kini dah banyak akibat dilakukan berulang kali dengan memperbanyakkan ibadat dalam bulan Ramadhan. Dan jugak bertaubat kepada Allah untuk menghapuskan dosa silam kita.


Begitulah indahnya Islam. Bila mana wujud ilmu yang dikaji manusia, hakikatnya ia sangat berkait rapat dengan apa yang telah diajarkan oleh Allah melalui Rasulnya. Kita hanya perlu merujuk pada AlQuran dan hadis Nabi SAW.

Kredit: Nurilhakim
Fizik
August 11, 2011
1

Comments

  1. HILAL dan FIZIK

    https://www.facebook.com/groups/126419606820/10151561605981821/?notif_t=group_comment

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!