100k pageviews :D

Alhamdulillah, selepas hampir 3 tahun lebih aku berbloging, kini baru aku sedar bahawa jumlah pagview untuk hilalazmi.com dah mencecah 100 000 orang! :D
Kacaknya dia! - GAMBAR HIASAN

Terima kasih kepada pengunjung yang tak putus-putus datang menjenguk blog ni serta sudi meninggalkan komen mereka. Biarpun tiada curahan, limpahan mahupun runtuhan trafik yang mendadak, hingga kini jumlah trafik seharian secara purata sudah melebihi 200 sehari.

Mungkin blog ni bukanlah sehebat blog yang lain. Tapi aku cuba ketengahkan kelainan demi penambahan kreativiti dalam berblog. Masih banyak kekurangan yang perlu aku ambil perhatian dari segi teknikal blog. Banyak yang perlu aku belajar. 

Sekiranya adan kekurangan, janganlah segan untuk pihak anda untuk menegurnya. Polisi aku di dalam dunia blogging ini mudah. Biar anda pak ANONnymus sekalipun, aku layankan. Kreativiti wujud dalam pelbagai cara. Cuma kaedah penyampaian mungkin berbeza. Sebab ada manusia takut untuk diketahui namanya di peringkat umum. Tetapi itu juga bukanlah lesen besar untuk anda menghadirkan sesi kutukan berwawasan untuk menjatuhkan mahupun menghina orang lain.

Segala komen, cadangan serta pandangan amatlah dihargai. Terima kasih sekali lagi! :D
Diriku
August 17, 2011
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…