Friday, July 15, 2011

Selamat Pengantin Baru Shazif & Munirah.

Shazif Othman, member lama, manusia pertama yang aku jumpa bila aku jejak ke satu sekolah berasrama bebrapa tahun lalu. Memang no pelajar kami pon beza 1 ja. Alhamdulillah, member serumah dengan aku ni dah melangkah ke alam perkahwinan dengan gadis tercinta yang kini belajar bersama beliau dalam kursus yang sama di luar negara. Alhamdulillah aku ucapkan.

Aku rasa perkenalan kami bukan sekadar aku dan dia. Malahan, mak bapak aku sendiri pon kenal mak bapak dia disebabkan masa pendaftaran kami memang beratur skali.

Doa aku untuk Shazif dan isteri, moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan juga didoakan agar mereka berdua sentiasa produktif dalam memupuk kasih sayang di alam penuh pejuangan iaitu alam rumah tangga. Moga kekal berbahagia dunia akhirat. Insyaallah.

Majlis yang meriah dengan 2 pasangan pengantin (juga pasangan abang Shazif iaitu Shafiz & pasangan) ini dihadiri oleh ramai ahli keluarga, sahabat handai dan member-member yang dijemput. Sangat meriah dan menyeronokkan!

Ini Shafiz & Isteri.
Ini hidangan untuk santapan tetamu yang hadir. Sedap! Serius!
Tarian Kompang Shuffle yang aku sangat impress.
MC dan parents pengantin.
Tudia... pengantin dah tunjuk keris dia..aha
Sesi memotong Kek!
Aku suka sesi bergambar bersama mak & pak besan beramai2 camni.
Akhirnya berREUNIONlah kami di kenduri Shazif...
**Anyway, thanks to Shazif atas sudi telefon aku utuk jemputan. :D

Sebarang komen amatlah dihargai.